Sabtu, 28 Mei 2011

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan.

[1] Akan tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

[2] Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.

SPRM sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.

Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.

Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

Struktur organisasiBadan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

BPR diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997 atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah BPR pada masakini adalah Dato' Seri Hj Ahmad Said b. Hamdan.

BPR mempunyai 9 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan