Ahad, 28 Februari 2016

ULASAN PT3

KEPENTINGAN MENONTON TELEVISYEN

  • MENAMBAH PENGETAHUAN
  • MENGETAHUI ISU SEMASA
  • MENGURANGKAN TEKANAN
  • MENGISI MASA LAPANG



                               Televisyen merupakan alat yang amat penting kepada masyarakat mutakhir ini. Kepentingan menonton televisyen ialah dapat menambah pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama, kita juga dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Selain itu, televisyen berperanan mengurangkan tekanan atau stres dalam kalangan pekerja dan pelajar melalui rancangan berbentuk hiburan. Berikutnya, rancangan televisyen yang menarik pasti dapat mengisi masa lapang seseorang dengan berfaedah dan secara tidak langsung mengelakkan penglibatan dalam gejala negatif. Selanjutnya, rancangan yang berunsur pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Kesimpulannya, setiap rumah haruslah memiliki televisyen.