Ahad, 28 Februari 2016

ULASAN PT3

KEPENTINGAN MENONTON TELEVISYEN

  • MENAMBAH PENGETAHUAN
  • MENGETAHUI ISU SEMASA
  • MENGURANGKAN TEKANAN
  • MENGISI MASA LAPANG



                               Televisyen merupakan alat yang amat penting kepada masyarakat mutakhir ini. Kepentingan menonton televisyen ialah dapat menambah pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama, kita juga dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Selain itu, televisyen berperanan mengurangkan tekanan atau stres dalam kalangan pekerja dan pelajar melalui rancangan berbentuk hiburan. Berikutnya, rancangan televisyen yang menarik pasti dapat mengisi masa lapang seseorang dengan berfaedah dan secara tidak langsung mengelakkan penglibatan dalam gejala negatif. Selanjutnya, rancangan yang berunsur pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Kesimpulannya, setiap rumah haruslah memiliki televisyen.

Rabu, 24 Februari 2016

LATAR TEMPAT NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

LATAR TEMPAT

TANDAS RUMAH DAHLIA
Ayah Dahlia En.Embong dipatuk ular di tandas rumah mereka dan terpaksa menerima rawatan di hospital. Malahan beliau telah ditahan di wad.

RUMAH NENEK KIAH 
Nenek Kiah kelihatan terbaring kerana tidak sihat. Dahlia telah membantu menyuap makan kepada Nenek Kiah.


HOSPITAL PERMAI 
Pn.Saleha ditahan di wad dan dirawat kerana mengalami kemurungan serta sering bercakap sendirian.

KARANGAN CARA MEMUPUK AMALAN MENABUNG

ISI 1- IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN

Amalan menabung dalam kalangan anak-anak dapat dipupuk jika ibu bapa menjadi suri teladan yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan anak-anak cara menabung iaitu membelikan tabung dan menggalakkan mereka menabung wang saku mereka. Ada peribahasa yang mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dari kecil agar menabung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Dahlia sebagai watak utama yang belajar di Tingkatan enam.

2. Ayahnya En. Embong dipatuk ular.

3. Ibunya Pn.Saleha ditahan di wad Hospital Permai.

4. Dahlia terpaksa menjaga adiknya Anggerik yang masih kecil.