Sabtu, 31 Julai 2010

KATA SENDI



Saya cinta akan dia..
Saya cintakan dia.[salah]







1.DALAM - lingkungan yang tidak mempunyai jarak
- Cth: Saya tidak terlibat dalam hal itu.

2.DI DALAM - ruang
- Cth: Saya tertinggal beg di dalam kereta.

3.ANTARA - jarak yang tidak mempunyai ruang
- Cth:Pergaduhan antara dua kumpulan itu telah ….

4.DI ANTARA - menunjukkan jarak
- Cth: Jarak di antara KL dengan SP ialah 200km.

5.AKAN - mesti didahului Kata Adjektif
- Cth: suka akan, cinta akan, benci akan, takut akan

KATA TANYA


Mickey : Hai, nak ke mana?
Minnie : Saya nak jalan-jalan.


1. Kata tanya boleh hadir di hadapan ayat.
- Siapakah nama kamu?
- Apakah nama kucing itu ?

2. Kata tanya boleh hadir di belakang ayat.[tidak perlu ada “kah”]
- Nama kamu siapa?
- Nama kucing itu apa?

3. Kata tanya tidak boleh hadir dalam ayat penyata atau di tengah ayat.
- Dia menangis bila ibu memarahinya.
- Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan

Selasa, 27 Julai 2010

PENGGUNAAN KATA SENDI

1. Dari [ATM]
a. Arah – dari Barat
b. Tempat – dari Kelang Lama
c. Masa –dari pukul 8 pagi

2. Daripada [KABOS]
a. Keanggotaan- daripada kumpulan
_____________________________
b. Abstrak –daripada mimpi
_____________________________
c. Bandingan-daripada adiknya
_____________________________
d. Orang-daripada Pengetua
_____________________________
e. Sumber-daripada kulit buaya
_____________________________

LARANGAN [JANGAN GUNA]




Ia berbaring[SALAH]
SEPATUTNTA: Pooh berbaring.












1. Ia sedap.[ia untuk manusia sahaja]
SEPATUTNYA: Kek itu sedap.

2. Ianya cantik [ianya tidak wujud dalan BM]
SEPATUTNYA: Pelajar itu cantik.

3. Di kalangan [sepatutnya dalam kalangan]
SEPATUTNYA: Dalam kalangan masyarakat Malaysia..........

4. Selain daripada itu [sepatutnya selain itu]
SEPATUTNYA: Selain itu,........

5. Akhirnya [sepatutnya akhir sekali]
SEPATUTNYA: Akhir sekali, saya pulang ke rumah.

Ahad, 25 Julai 2010

KEMALANGAN JALAN RAYA

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kemalangan jalan raya berlaku berdasarkan rajah tersebut.

Faktor-faktor kemalangan jalan raya




Jawapan:
Hampir setiap hari, kemalangan pasti berlaku di jalan raya. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.
Faktor yang dominan ialah faktor manusia. Dalam hal ini, kemalangan berlaku kerana sikap manusia yang cuai di jalan raya. Sebagai contohnya, mereka memandu sambil berbual melalui telefon bimbit, tidak mematuhi had laju, dan sebagainya.
Selain itu, kemalangan berlaku disebabkan faktor mekanikal. Hal ini berpunca daripada keadaan kenderaan, keadaan jalan raya yang tidak rata dan lampu isyarat yang tidak berfungsi. Sebagai contohnya, brek kenderaan yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
Bukan itu sahaja, faktor cuaca juga merupakan salah satu faktor kemalangan berlaku. Apabila hujan turun, jalan raya akan berkeadaan licin. Hal ini menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya merupakan sesuatu kejadian yang sukar dielakkan. Oleh itu, semua pengguna hendaklah berhati-hati dan mematuhi peraturan kerana malang tidak berbau.

PERIBAHASA

PERUMPAMAAN : bina ayat
1.Seperti kaca jatuh ke batu
Orang yang mempunyai perasaan yang amat sedih
_____________________________________________________________________

2.Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara
_____________________________________________________________________

3.Seperti kera mendapat bunga
Orang yang tidak tahu menghargai pemberian pemberian orang lain
______________________________________________________________________

4.Seperti ular kena palu
Keadaan sesuatu benda yang tidak teratur atau dalam keadaan bengkang-bengkok
______________________________________________________________________

5.Seperti gergaji dua mata
Orang yang mengambil kesempatan atau faedah daripada dua kumpulan atau pihak
Peribahasa : Nyatakan maksud

1. Seperti kaca terhempas ke batu
__________________________________________________________________

2. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
__________________________________________________________________

3. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
__________________________________________________________________

4. Bagai menatang minyak yang penuh
__________________________________________________________________

5. Kecil tapak tangan , nyiru ditadahkan
__________________________________________________________________

6. Genggam bara api, biar sampai jadi arang __________________________________________________________________

Selasa, 20 Julai 2010

Teknik Plot

Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka! , berikan satu contoh peristiwa bagi teknik plot imbas kembali, kejutan dan saspens .
Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka! Merdeka! hasil karya A.Rahman Hanafiah.Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.
Teknik imbas kembali bermaksud gambaran cerita tentang perkara atau peristiwa yang sudah berlaku pada suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, ayah Kudin, Pak Awang menceritakan penderitaan penduduk tempatan dari zaman Jepun hingga zaman British kepada Kudin.
Sementara itu, saspens merujuk keadaan atau situasi pembaca tertanya-tanya akan perkembangan cerita selanjutnya.Dalam novel ini, pembaca tertanya-tanya akan kedudukan Pak Awang yang masuk ke dalam hutan bersama-sama dengan beberapa orang kampung untuk mencari Bustam yang dilarikan oleh pengganas komunis tidak juga kembali selepas beberapa hari.
Teknik kejutan ialah gambaran tentang peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Misalnya, berita kematian Pak Awang disebabkan pengganas komunis telah mengejutkan Kudin yang pada ketika itu berada dalam perhimpunan agung orang Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

PUNCAK CERITA

Huraikan puncak cerita bagi novel yang anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3.
Novel yang saya kaji ialah novel Aku Anak Timur hasil karya Siti Aminah Haji Yusof dan novel Merdeka ! Merdeka hasil karya A.Rahman Hanafiah.
Bahagian kemuncak (klimaks) dalam novel Aku Anak Timur ialah peritiwa Zarina melarikan diri daripada pemuda yang cuba mencabul kehormatannya ketika sambutan majlis hari jadi di rumah rakan Niek Van Hoeve. Walau bagaimanapun, Zarina terselamat daripada menjadi mangsa .
Sementara itu, dalam novel Merdeka!Merdeka! peristiwa sultan-sultan Melayu memulaukan majlis perasmian Malayan Union di Hotel Stesen merupakan bahagian puncak cerita.Semangat perjuangan yang tinggi, keberanian dan perpaduan erat dalam kalangan orang Melayu telah membuka mata sultan-sultan Melayu.

Mulakan

Perjuangan tidak pernah terlambat. Kita boleh mulakan di mana-mana sahaja. Anda mahukan keputusan cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga 5. Jadi mulakan hari ini bersama tutor anda Pn.TVT