Sabtu, 28 Mei 2011
Bencana Alam
Dipetik dari laman sesawang wikipedia
Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka.
Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.
Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan