Ahad, 25 Julai 2010

KEMALANGAN JALAN RAYA

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kemalangan jalan raya berlaku berdasarkan rajah tersebut.

Faktor-faktor kemalangan jalan raya




Jawapan:
Hampir setiap hari, kemalangan pasti berlaku di jalan raya. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.
Faktor yang dominan ialah faktor manusia. Dalam hal ini, kemalangan berlaku kerana sikap manusia yang cuai di jalan raya. Sebagai contohnya, mereka memandu sambil berbual melalui telefon bimbit, tidak mematuhi had laju, dan sebagainya.
Selain itu, kemalangan berlaku disebabkan faktor mekanikal. Hal ini berpunca daripada keadaan kenderaan, keadaan jalan raya yang tidak rata dan lampu isyarat yang tidak berfungsi. Sebagai contohnya, brek kenderaan yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
Bukan itu sahaja, faktor cuaca juga merupakan salah satu faktor kemalangan berlaku. Apabila hujan turun, jalan raya akan berkeadaan licin. Hal ini menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya merupakan sesuatu kejadian yang sukar dielakkan. Oleh itu, semua pengguna hendaklah berhati-hati dan mematuhi peraturan kerana malang tidak berbau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan