Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka! , berikan satu contoh peristiwa bagi teknik plot imbas kembali, kejutan dan saspens .
Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka! Merdeka! hasil karya A.Rahman Hanafiah.Pengarang menggunakan pelbagai teknik penceritaan untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.
Teknik imbas kembali bermaksud gambaran cerita tentang perkara atau peristiwa yang sudah berlaku pada suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, ayah Kudin, Pak Awang menceritakan penderitaan penduduk tempatan dari zaman Jepun hingga zaman British kepada Kudin.
Sementara itu, saspens merujuk keadaan atau situasi pembaca tertanya-tanya akan perkembangan cerita selanjutnya.Dalam novel ini, pembaca tertanya-tanya akan kedudukan Pak Awang yang masuk ke dalam hutan bersama-sama dengan beberapa orang kampung untuk mencari Bustam yang dilarikan oleh pengganas komunis tidak juga kembali selepas beberapa hari.
Teknik kejutan ialah gambaran tentang peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Misalnya, berita kematian Pak Awang disebabkan pengganas komunis telah mengejutkan Kudin yang pada ketika itu berada dalam perhimpunan agung orang Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan