Selasa, 19 Februari 2013

KEPENTINGAN PERPADUAN

              Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat bagai belut diketil ekornya. Pembangunan Malaysia amat berkait rapat dengan kewujudan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang terjalin antara kaum-kaum utama ini hendaklah dikekalkan agar bumi bertuah ini dapat  berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di sarwajagat ini. Tidak dapat dinafikan bahawa integrasi antara kaum merupakan senjata yang ampuh dalam memastikan kesinambungan sesebuah kerajaan. Ingatlah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Oleh itu, kerajaan harus bersinergi dan mengambil langkah sederap dengan marhaen dalam usaha  mengekalkan perpaduan di negara ini. Terpahat rencaman kemaslahatan perpaduan kepada sesebuah masyarakat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan