Sabtu, 21 Julai 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Allahyarham Mohamed Hamzah merupakan insan mulia yang mencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada tanggal 31 Ogos 1957 semasa pengisytiharan kemerdekaan.

Di bawah ini petikan dari arkib negara
” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan