Rabu, 14 Mac 2012

PERIBAHASA 9


Jatuh Air Muka
Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Pak Kassim kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

Jatuh Bangun
Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

Jatuh Cinta
Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Ali jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

Jatuh Dari Langit
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Jatuh Harga Diri
Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Ali berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

Jatuh Hati
Maksud: Menaruh cinta (kasih).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan