Khamis, 3 November 2011
Harga Diri Remaja
Saya ingin menjadi seorang GURU.
Ini kata-kataku pada ayah,
Ini kata-kataku pada ibu,
Ini kata-kataku pada guru,
Tiada sesiapa yang memberi kata putus,
Akhirnya kugapai impian,
menjadi seorang guru, profesion mulia,
mendidik anak-anak yang bijak tetapi tidak cerdik,
mengasuh minda remaja yang pintar tetapi kurang pandai,
menajamkan lidah dan mengasah bakat yang terpendam.
Kini, hasil usahaku membuahkan kejayaan,
Hasil yang bakal melayari bahtera wawasan,
Ya.....hasilnya pelajar yang tidak menegur apabila terserempak,
pelajar yang lidahnya kelu tidak mampu memberi salam,
pelajar yang tangannya kaku tidak ingin melambai,
Apabila melihat aku yang semakin berusia mengangkat buku,
mereka berlari-lari bukan untuk menolong tetapi untuk melarikan diri.
Tandusnya nilai kemanusiaan,
Nilai kebinatangan semakin bermaharajalela,
Ingatlah, walau apapun kedudukan anda,
pensyarah, pakar, doktor, peguam, arkitek mahupun buruh,
tangan anda pernah dipegang dan diajar untuk menulis
oleh seorang pengajar.
Tanganku kini sedang menulis juga kerana
seorang guru yang tidak pernah kecewa
walaupun ratusan dan jutaan kacang lupakan kulit.
Pn.TVT 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan