PENULISAN PENDAHULUAN
A1
- Bencana alam dapat ditafsirkan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh iklim, cuaca atau alam sekitar.
A2
- Pembangunan negara yang pesat bagai belut diketil ekor telah menyebabkan variasi bencana alam bermaharajalela.
A3
- Antaranya ialah banjir kilat,tsunami, tanah runtuh dan gempa bumi.
A4
- Pelbagai prakarsa haruslah dilaksanakan secara berterusan untuk membendung dan menangani fenomena ini daripada terus meragut jutaan nyawa.
A5
- Menurut Menteri Alam Sekitar Malaysia, kejadian gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 perlu dijadikan iktibar oleh negara-negara di seantero alam agar pembangunan yang dilaksanakan tidak memudaratkan keseimbangan ekosistem.
A6
- Tepuk dada, tanya minda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan