Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuh negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA.
Sajak penulis terkemuka di atas jelas memaparkan setiap insan yang berjaya di kemudian hari merupakan insan yang pernah menimba ilmu dengan seorang guru.
Oleh itu , kita wajar menghargai jasa guru dan tidak harus bersikap bagai kacang lupakan kulit. Cara menghargai jasa guru ialah:
- belajar bersungguh-sungguh
- membantu apabila perlu
- ucapan terima kasih atau salam
- berjumpa atau menghubungi walaupun sudah menghabiskan alam persekolahan
- menghantar kad sempena hari guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan