Selasa, 28 September 2010

BERKAT KESEPAKATAN JIRAN


PENGENALAN
Ayat Rangsangan 1

- Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.

Ayat Rangsangan 2
- Kita harus menjalin hubungan yang baik dengan jiran untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam sesuatu kawasan

Ayat Arahan
- Banyak berkat yang dapat kita peroleh melalui kesepakatan jiran.


KEMBANGKAN ISI-ISI
ISI 1: DAPATKAN BANTUAN

Ayat Judul :
Berkat kesepakatan jiran ialah kita boleh mendapatkan bantuan
daripada jiran.

Ayat Huraian :
Apabila kita berhadapan dengan keadaan kecemasan, kita dapat
meminta bantuan segera daripada jiran kerana jiranlah orang yang terdekat.

Ayat Contoh :
Sebagai contohnya, kalau ada anggota keluarga kita ditimpa
kemalangan semasa di rumah, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar orang yang tercedera itu ke hospital.

Ayat Penegas :
Bantuan yang diberikan oleh jiran itu akan membantu kita
menghadapi keadaan kecemasan itu dengan lebih tenang.


ISI 2: SEMANGAT KERJASAMA
Ayat Judul
:
Kesepakatan jiran akan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kalangan jiran.

Ayat Huraian 1 :
Penduduk setempat dapat bantu membantu bagai aur dengan
tebing dalam melakukan kegiatan demi kebaikan mereka.

Ayat Huraian 2 :
Semangat kerjasama ini pasti dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan penduduk setempat.


ISI 3: WUJUDKAN KEHARMONIAN
Ayat Judul :
Kesepakatan jiran juga dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan kediaman.

Ayat Huraian :
Hal ini demikian kerana jiran tetangga yang saling mengenali dan sentiasa bertegur sapa akan mewujudkan persefahaman dan keramahan.

Ayat Penegas :
Dengan itu, mereka dapat hidup dalam suasana yang kondusif dan harmoni.


TULIS PENUTUP
Ayat Kesimpulan :
Kesepakatan jiran memang banyak berkatnya.

Ayat Penilaian :
Namun demikian, semangat kejiranan semakin pudar terutamanya di kawasan bandar.

Ayat Cadangan :
Oleh itu, kerajaan harus mengambil usaha-usaha untuk menyuburkan semangat kejiranan demi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan