Ahad, 16 Februari 2020

KATA KERJA

BIL

FRASA
1

Menetak tulang lembu
2

Menakik batang pokok
3

Memangkas dahan pokok
4

Mencantas dahan pokok
5

Memenggal kepala
6

Melarik batang kayu
7

Memarang seekor ular
8

Menikam perut mangsa
9

Mengelar  ikan
10

Menebas  semak-samun
11

Menghiris bawang besar
12

Mencencang daging
13

Memotong dadu  lobak merak

Selasa, 11 Februari 2020

JALAN KE PUNCAK

LATAR MASYARAKAT
LATAR MASYARAKAT
MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN  PELAJARAN
Laiman mengambil ijazah dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan
MASYARAKAT YANG   BEKERJA KUAT
Laiman dan Milan  menjalankan projek ternakan ikan air tawar, ternkan udang galah, lebah madu dan tanaman tembikai. Mereka  juga berniaga kuih.
                                                           MASYARAKAT YANG CEMBURU 
                                        Muluk cemburu pada Laiman kerana berkawan dengan Soniah lalu                                                                                           mengkhianatinya.

KATA MAJMUK


PENGGANDAAN

KATA MAJMUK [DEKAT]
Setiausaha, tandatangan
Setiausaha-setiausaha
Tandatangan-tandatangan

KATA MAJMUK [JARAK]
GANDA SEPARUH SAHAJA
Alat tulis, guru besar
Alat-alat tulis
Guru-guru besar

KATA MAJMUK [SIMPULAN BAHASA]
Anak buah
Anak buah-anak buah

TATABAHASA

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI
SATU- saya , aku, kami , kita [diri sendiri]
DUA - awak, kamu , kau [lawan cakap]
TIGA – dia, mereka, Ali, beliau [ orang lain]

HURAIAN TAMBAHAN

PATIK- bercakap dengan Sultan

HAMBA- rakyat biasa

JANGAN GANDAKAN - Mereka-mereka yang sudah makan..[X]

TATABAHASA

AYAT PASIF

AYAT PASIF

KATA GANTI NAMA DIRI 1,2

1. Buku itu saya baca.
2. Buku itu kamu baca.

KATA GANTI NAMA DIRI 3
1. Buku itu dibaca oleh beliau.

KATA GANTI NAMA DIRI 1,2 Diikuti kata dasar- saya baca

KATA GANTI NAMA DIRI 3 Diikuti imbuhan di….dan oleh

RANGKA KARANGAN

CARA TANGANI RASUAH

PENDAHULUAN
Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus,perkhidmatan, jawatan, upah
Masyarakat perlu elakkan amalan rasuah
ISI 1
Pihak kerajaan menganjurkan kempen
Kempen dijalankan secara berterusan/ besar-besaran
Dapat mempengaruhi masyarakat
Kempen ‘Zero Rasuah’
Kempen ‘Rasuah Membunuh’
ISI 2
Ceramah keagamaan
Suapan bertentangan dengan amalan agama
Menindas golongan yang berhak/merampas hak orang lain
ISI 3
Peranan media massa
Menyiarkan artikel di media cetak dan menyiarkan program antirasuah di media elektronik
Dapat disebarkan kepada senua lapisan masyarakat secara meluas
ISI 4
Setiap individu perlu ada kesedaran sivik
Sedar bahawa rasuah merupakan jenayah kolar putih yang boleh menganiaya orang lain
Mampu menolak rasuah dan tidak ingin hidup mewah
PENUTUP
Rasuah perlu diatasi untuk kebaikan bersama
Di mana ada kemhuan di situ ada jalan

RANGKA KARANGAN

MANFAAT TEKNOLOGI DALAM PERUBATAN

PENDAHULUAN
Penemuan sains dan perkembangan teknologi amat bermanfaat
Memberi harapan baharu kepada pesakit
ISI 1
Rawatan mata
Membantu pesakit meningkatkan kualiti penglihatan tanpa cermin mata
Kaedah rawatan lasik terkini untuk mengurangkan rabun dan silau
ISI 2
Rawatan gigi
Mengembalikan senyuman dan keceriaan pesakit/mendapatkan susunan gigi yang teratur
Rawatan ortodontik iaitu pemasangan pendakap gigi,
Rawatan prostodontik iaitu pemasangan korona (crown) dan jambatan (bridge)
ISI 3
Rawatan jantung
Mendiagnosis penyakit jantung dengan ketepatan yang tinggi/mengurangkan risiko kematian
Mesin ekokardiografi memnbantu doktor untuk memeriksa jantung pesakit
ISI 4
Rawatan telinga
Mengatasi masalah pendengaran, membantu masalah kurang pendengaran
Alat bantu pendengaran dan alat implan koklea
PENUTUP
Teknologi amat penting dalam perubatan
MANFAAT KERETA ELEKTRIK

PENDAHULUAN
Kereta elektrik-menggunakan elektrik dan tidak menggunakan petrol
Semakin popular di negara maju
Perlu diperluas ke negara yang lain
ISI 1
Kos penyelenggaraan rendah
Tidak mempunyai ekzos,motor penghidup kereta,sistem suntikan minyak,radiator
Tidak menggunakan minyak enjin-tidak perlu bayar harga minyak yang semakin mahal
ISI 2
Mesra alam
Tidak mengeluarkan asap berkepul-kepul atau karbon monoksida dan kesannya pencemaran alam dapat dikurangkan
Tidak mengeluarkan bunyi yang kuat dan lebih senyap/ kesannya pencemaran bunyi dapat dikurangkan
ISI 3
Kurang risiko
Menjamin keselamatan kerana tidak mudah terbakar atau terbabas
Kurang risiko kebakaran kerana tidak menggunakan minyak sebagai bahan bakar
ISI 4
Mesra pengguna
Harga elektrik lebih murah daripada bahan api. Harga bahan api sentiasa mengalami kenaikan
Dapat jimatkan kos, eang boleh ditabung untuk kegunaan lain
PENUTUP
Pihak kerajaan- perlu mengimport kereta elektrik
-perlu digalakkan penggunaannya

Isnin, 8 April 2019

NOVEL JALAN KE PUNCAK


JALAN KE PUNCAK
[JURI DURABI]

PERWATAKAN LAIMAN

1. MEMENTINGKAN PENDIDIKAN
Mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan

2. PATUH PADA AJARAN AGAMA
Sentiasa solat 5 waktu walaupun sibuk dengan pelbagai projek

3. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA
Meminta izin Pak Sahok untuk menggunakan tanah bagi menjalankan projek



LATAR TEMPAT


1. RESTORAN DI BANDAR MIRI
Tempat Soniah dan Laiman bertemu untuk makan

2.GERAI PITAS
Tempat Laiman dan Milan menjual kuih-muih yang dipajak daripada penduduk kampung

3. RUMAH SEWA LAIMAN
Syukri iaitu kawan Laiman bertemunya untuk berbual tentang kebakaran tangki minyak di Miri

4. RUMAH PAK KIASSIM
Pak Kiassim memarahi Laiman kerana enggan makan gaji

TATABAHASA



LENGKAPKAN DENGAN KATA KERJA YANG SESUAI


berlabuh                      diusung                       berteduh
bertandang                  mengupas                    menambat
mematuk                     menebar                       hinggap
dikepung                     mengais                       meraut
menggalas                   menumbuk                  membongkar
mengendong               mengait                       menggilap       
menggonggong           merenggut                   menjerang


1.      Krishan dan  rakan-rakannya _________________________ ke rumah pelakon itu sempena hari raya.
2.      Rohinesh ______________________________ di bawah pondok bas ketika hujan.
3.      Pekebun itu ______________________ beberapa  biji kelapa tua.
4.      Kapal itu __________________________ di tepi pantai.
5.      Pemain yang terjatuh di tengah padang _________________ oleh beberapa orang pemuda .
6.      Kakak _______________________bayi dengan cermat..
7.      Petani itu _________________________lembu pada sebatang pokok.
8.      Vikas _____________________________tanah untuk mencari kunci yang hilang.
9.      Ular tedung ___________________Pak Seman yang sedang tidur di bawah  pokok.
10.  Aron ___________________kereta baharu sehingga berkilat.
11.  Kuganes______________________________buah rambutan di belakang rumah.
12.  Anjing liar itu _______________________tulang.
13.  Penyeluk saku itu ____________________beg tangan ibu.
14.  Pengedar dadah yang terkenal itu _____________________  di rumahnya sebelum ditangkap oleh polis.
15.  Burung  itu ________________________ di atas pokok.
16.  Shalini _________________________air untuk membancuh kopi.
17.  Wanita tua itu _______________________daun kelapa untuk dibuat penyapu lidi.
18.  Pelajar itu ________________________beg ke sekolah.
19.  Nelayan itu _______________________ jala di tengah sungai.
20.  Harish  menggunakan lesung batu untuk ______________  cili.
21.  Pekerja kapal layar itu ________________________sauh untuk memulakan perjalanan.

Jumaat, 10 Mac 2017

Karangan-cara menjadi pelajar cemerlang

Pelajar cemerlang bermaksud individu yang cemerlang dalam mengawal emosi, aktif jasmani, teguh rohani dan intelek yang tinggi. Bukan mudah untuk seseorang menjadi insan yang cemerlang. Dalam hal ini, peranan ibu bapa, peranan sekolah dan tanggungjawab diri sendiri amat afdal. Setiap insan haruslah mempunyai iman yang teguh untuk berjaya dalam kehidupan. Ingatlah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Karangan-cara hargai guru

Guru merupakan insan yang wajar dikenang jasanya dan dihargai pengorbanannya. Namun demikian, warga pendidik di seantero alam kini berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan. Hal ini ditambah pula dengan kes-kes saman yang mengaibkan golongan pendidik. Oleh itu, pelbagai usaha hendaklah diimplimentasikan untuk mengangkat semula darjat guru. Setiap insan yang terdidik tidak harus bersikap seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya mereka perlu mengambil langkah proaktif untuk mengenang budi guru.

Ulasan- kesan media sosial


Ulasan PT3

Cara-cara menghargai guru
-tulis semua isi tersurat dengan huraian
-tambah isi tersirat
-pastikan ada pendahuluan dan penutup

Ahad, 28 Februari 2016

ULASAN PT3

KEPENTINGAN MENONTON TELEVISYEN

  • MENAMBAH PENGETAHUAN
  • MENGETAHUI ISU SEMASA
  • MENGURANGKAN TEKANAN
  • MENGISI MASA LAPANG



                               Televisyen merupakan alat yang amat penting kepada masyarakat mutakhir ini. Kepentingan menonton televisyen ialah dapat menambah pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama, kita juga dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Selain itu, televisyen berperanan mengurangkan tekanan atau stres dalam kalangan pekerja dan pelajar melalui rancangan berbentuk hiburan. Berikutnya, rancangan televisyen yang menarik pasti dapat mengisi masa lapang seseorang dengan berfaedah dan secara tidak langsung mengelakkan penglibatan dalam gejala negatif. Selanjutnya, rancangan yang berunsur pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Kesimpulannya, setiap rumah haruslah memiliki televisyen.

Rabu, 24 Februari 2016

LATAR TEMPAT NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

LATAR TEMPAT

TANDAS RUMAH DAHLIA
Ayah Dahlia En.Embong dipatuk ular di tandas rumah mereka dan terpaksa menerima rawatan di hospital. Malahan beliau telah ditahan di wad.

RUMAH NENEK KIAH 
Nenek Kiah kelihatan terbaring kerana tidak sihat. Dahlia telah membantu menyuap makan kepada Nenek Kiah.


HOSPITAL PERMAI 
Pn.Saleha ditahan di wad dan dirawat kerana mengalami kemurungan serta sering bercakap sendirian.

KARANGAN CARA MEMUPUK AMALAN MENABUNG

ISI 1- IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN

Amalan menabung dalam kalangan anak-anak dapat dipupuk jika ibu bapa menjadi suri teladan yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan anak-anak cara menabung iaitu membelikan tabung dan menggalakkan mereka menabung wang saku mereka. Ada peribahasa yang mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dari kecil agar menabung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Dahlia sebagai watak utama yang belajar di Tingkatan enam.

2. Ayahnya En. Embong dipatuk ular.

3. Ibunya Pn.Saleha ditahan di wad Hospital Permai.

4. Dahlia terpaksa menjaga adiknya Anggerik yang masih kecil.