Rabu, 24 Februari 2016

KARANGAN CARA MEMUPUK AMALAN MENABUNG

ISI 1- IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN

Amalan menabung dalam kalangan anak-anak dapat dipupuk jika ibu bapa menjadi suri teladan yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan anak-anak cara menabung iaitu membelikan tabung dan menggalakkan mereka menabung wang saku mereka. Ada peribahasa yang mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dari kecil agar menabung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan