Jumaat, 13 Februari 2015

KUINGIN BERTERIMA KASIH



Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah menjadi terpadam

Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya

Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang

Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini

Kita perlu berterima kasih dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang kita miliki dan kita peroleh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan