Jumaat, 13 Februari 2015

PERIBAHASA

ANJING MENYALAK BUKIT


Usaha atau perbuatan sia-sia dan tidak berguna

GAJAH PUTIH

ADAKAH GAJAH PUTIH BENAR-BENAR WUJUD?

Ya, jawapannya..malah dianggap sebagai suci di Thailand dan India.

Peribahasa
Gajah putih bermaksud projek besar yang terbengkalai atau tergantung dan tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

KUINGIN BERTERIMA KASIH



Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah menjadi terpadam

Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani

Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya

Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya

Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang

Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini

Kita perlu berterima kasih dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang kita miliki dan kita peroleh.



PT3

PT3

PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan alat yang dapat mengukur secara menyeluruh kebolehan dan kewibawaan seseorang pelajar di alma mater.

Akademik dan bukan akademik diberi keutamaan yang seimbang.


BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan yang mampu mengukuhkan integrasi antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Integrasi bermaksud perpaduan atau kerjasama antara masyarakat pelbagai kaum yang lahir dan membesar di bumi bertuah ini.

Kita wajar ingat bahawa Perpaduan Teras Kejayaan.

Bagaimanakah bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan ???

1. mengelakkan salah faham
2. memudahkan komunikasi
3. menggalakkan kerjasama
4. memberi peluang berinteraksi
5. dapat saling mengenali