Selasa, 13 Mac 2012
ANGRY BIRDS
Angry Birds ("Burung Marah") merupakan satu permainan video yang dimajukan oleh syarikat Finland, Rovio Mobile (kini Rovio Entertainment). Permainan yang mendapat ilham daripada lakaran burung-burung yang tidak berkepak ini mula-mula dikeluarkan untuk antaramuka iOS keluaran Apple pada Disember 2009.
Semenjak itu, lebih 12 juta salinan permainan ini telah dibeli dari App Store Apple,sehingga mendorong syarikat pembuatnya untuk mereka versi-versi baru untuk telefon pintar berskrin sentuh yang lain, misalnya sistem pengendalian Android, antara lainnya.
Dalam permainan ini, pemain menggunakan lastik untuk menembakkan burung ke arah gerombolan khinzir yang berjaga dalam kubu dengan tujuan menghapuskan kesemua khinzir di atas medan main.
Apabila pemain mara ke hadapan sepanjang permainan, terdapat burung-burung jenis baru yang mempunyai kebolehan-kebolehan istimewa yang boleh dihidupkan oleh pemain. Rovio Mobile menyokong Angry Birds dengan pelbagai kemas kini percuma yang menambah isi kandungan permainan. Rovio turut mengeluarkan versi permainan ini yang berasingan sempena musim perayaan dan promosi.
Angry Birds disanjungi kerana berjaya menggabungkan ciri-ciri permainan yang menagihkan, gaya yang lucu, dan harga yang rendah. Kelarisannya turut mendorong pembuatan versi Angry Birds untuk komputer peribadi dan konsol permainan, barang-barang dagangan yang menampilkan watak-wataknya dan juga rancangan untuk membuat filem atau siri televisyen.
Dengan sejumlah 250 juta muat turun di semua platform, termasuk edisi biasa dan khas,permainan ini digelar "salah satu permainan yang paling berjaya di arus perdana", "salah satu permainan hit paling cemerlang 2010", dan "kejayaan aplikasi mudah alih terbesar yang pernah disaksikan oleh satu dunia setakat ini"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan