Rabu, 14 Mac 2012

PERIBAHASA 9


Jatuh Air Muka
Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Pak Kassim kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

Jatuh Bangun
Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

Jatuh Cinta
Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Ali jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

Jatuh Dari Langit
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Jatuh Harga Diri
Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Ali berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

Jatuh Hati
Maksud: Menaruh cinta (kasih).

PERIBAHASA 8



Kaki Ayam = Berkaki Ayam
Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Ali terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ali kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Ali sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Abu.

Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ali seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

PERIBAHASA 7


Darah Daging
Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

Darah Gemuruh
Maksud: Mudah gugup.
Contoh Ayat: Ali tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

Darah Manis
Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

Darah Panas
Maksud: Cepat marah.
Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

PERIBAHASA 6


MANDI KERBAU
- mandi dengan tidak betul

PERIBAHASA 5


TANGKAI JERING
-kedekut, bakhil

PERIBAHASA 4


MULUT MURAI
-banyak bercakap

PERIBAHASA 3


MULUT TEMPAYAN
- tidak pandai menyimpan rahsia

PERIBAHASA 2


MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
-mendidik anak-anak sejak kecil

PERIBAHASA 1



KECIL TAPAK TANGAN NYIRU DITADAHKAN
- mengalu-alukan kedatangan seseorang atau sesuatu

Selasa, 13 Mac 2012

KES KANAK-KANAK HILANG



kanak-kanak ini hilang pada Mac 2012 dan ditemui mati beberapa hari kemudian

STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA


Patuhi Had Laju

Kelajuan Membunuh

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Ingatlah Orang Tersayang

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya.

STATISTIK TENTANG OBESITI

OBESITI - TEMA TUMPUAN SPM



Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.


Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


INDIVIDU YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI OBESITI IALAH
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);

Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)

Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan

TAUN


Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.



Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .



Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang.



Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.


Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka.



Sekitar sejuta virus Vibrio cholerae harus dihadamkan sebelum taun menjangkiti seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik kurang (akibat penggunaan antasid), atau mereka yang kekurangan makanan.
Wabak taun terakhir di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1911.
1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di Hemisphere Barat antara Januari 1991 dan Julai 1995.


Secara purata, satu kes taun dilapurkan di Amerika Syarikat setiap minggu.
Vibrio cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian pasangan penerima-protin G ( G protein-coupled receptor ) di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protin G terkunci dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protin G kembali "tertutup" dengan pantas dengan hydrolizing GTP kepada GDP). Protin G mengakibatkan adenylate cyclase menghasilkan sejumlah besar cyclic AMP (cAMP) yang mengakibatkan kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut.



Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan jumlah tinggi cystic fibrosis dalam kalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.

ANGRY BIRDS



Angry Birds ("Burung Marah") merupakan satu permainan video yang dimajukan oleh syarikat Finland, Rovio Mobile (kini Rovio Entertainment). Permainan yang mendapat ilham daripada lakaran burung-burung yang tidak berkepak ini mula-mula dikeluarkan untuk antaramuka iOS keluaran Apple pada Disember 2009.


Semenjak itu, lebih 12 juta salinan permainan ini telah dibeli dari App Store Apple,sehingga mendorong syarikat pembuatnya untuk mereka versi-versi baru untuk telefon pintar berskrin sentuh yang lain, misalnya sistem pengendalian Android, antara lainnya.


Dalam permainan ini, pemain menggunakan lastik untuk menembakkan burung ke arah gerombolan khinzir yang berjaga dalam kubu dengan tujuan menghapuskan kesemua khinzir di atas medan main.


Apabila pemain mara ke hadapan sepanjang permainan, terdapat burung-burung jenis baru yang mempunyai kebolehan-kebolehan istimewa yang boleh dihidupkan oleh pemain. Rovio Mobile menyokong Angry Birds dengan pelbagai kemas kini percuma yang menambah isi kandungan permainan. Rovio turut mengeluarkan versi permainan ini yang berasingan sempena musim perayaan dan promosi.


Angry Birds disanjungi kerana berjaya menggabungkan ciri-ciri permainan yang menagihkan, gaya yang lucu, dan harga yang rendah. Kelarisannya turut mendorong pembuatan versi Angry Birds untuk komputer peribadi dan konsol permainan, barang-barang dagangan yang menampilkan watak-wataknya dan juga rancangan untuk membuat filem atau siri televisyen.


Dengan sejumlah 250 juta muat turun di semua platform, termasuk edisi biasa dan khas,permainan ini digelar "salah satu permainan yang paling berjaya di arus perdana", "salah satu permainan hit paling cemerlang 2010", dan "kejayaan aplikasi mudah alih terbesar yang pernah disaksikan oleh satu dunia setakat ini"

Jumaat, 9 Mac 2012

TEMBOK BESAR CINA




Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

208 SM (Dinasti Qin)

Abad ke-1 SM (Dinasti Han)

Abad ke-7 (Dinasti Sui)

1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)

1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)


Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang.


Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.


Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.


Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.


Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

KEAGUNGAN CINTA SHAH JAHAN




Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima.


Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri .


Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.


Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

SELAMAT BERCUTI


Akhirnya masa untuk bercuti dan merehatkan minda bersama rakan-rakan seperjuangan, kakak, abang, adik, ibu bapa, datuk nenek dan sesiapa sahaja.


Anda cuma ada 9 hari sebelum sesi persekolahan bermula dengan :

kelas harian

kelas tambahan sekolah

kelas tuisyen

kejohanan olahraga tahunan

Merentas Desa

Sukantara

MSSD

aktiviti kelab/persatuan

aktiviti unit beruniforn

Hari Anugerah

Hari Keusahawanan

Sambutan Kemerdekaan

Kem motivasi

perkhemahan perdana

rombongan perdana

REHATKAN MINDA DAN BERSEDIALAH UNTUK BERJUANG ;)