Isnin, 8 April 2019

NOVEL JALAN KE PUNCAK


JALAN KE PUNCAK
[JURI DURABI]

PERWATAKAN LAIMAN

1. MEMENTINGKAN PENDIDIKAN
Mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan

2. PATUH PADA AJARAN AGAMA
Sentiasa solat 5 waktu walaupun sibuk dengan pelbagai projek

3. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA
Meminta izin Pak Sahok untuk menggunakan tanah bagi menjalankan projek



LATAR TEMPAT


1. RESTORAN DI BANDAR MIRI
Tempat Soniah dan Laiman bertemu untuk makan

2.GERAI PITAS
Tempat Laiman dan Milan menjual kuih-muih yang dipajak daripada penduduk kampung

3. RUMAH SEWA LAIMAN
Syukri iaitu kawan Laiman bertemunya untuk berbual tentang kebakaran tangki minyak di Miri

4. RUMAH PAK KIASSIM
Pak Kiassim memarahi Laiman kerana enggan makan gaji

TATABAHASA



LENGKAPKAN DENGAN KATA KERJA YANG SESUAI


berlabuh                      diusung                       berteduh
bertandang                  mengupas                    menambat
mematuk                     menebar                       hinggap
dikepung                     mengais                       meraut
menggalas                   menumbuk                  membongkar
mengendong               mengait                       menggilap       
menggonggong           merenggut                   menjerang


1.      Krishan dan  rakan-rakannya _________________________ ke rumah pelakon itu sempena hari raya.
2.      Rohinesh ______________________________ di bawah pondok bas ketika hujan.
3.      Pekebun itu ______________________ beberapa  biji kelapa tua.
4.      Kapal itu __________________________ di tepi pantai.
5.      Pemain yang terjatuh di tengah padang _________________ oleh beberapa orang pemuda .
6.      Kakak _______________________bayi dengan cermat..
7.      Petani itu _________________________lembu pada sebatang pokok.
8.      Vikas _____________________________tanah untuk mencari kunci yang hilang.
9.      Ular tedung ___________________Pak Seman yang sedang tidur di bawah  pokok.
10.  Aron ___________________kereta baharu sehingga berkilat.
11.  Kuganes______________________________buah rambutan di belakang rumah.
12.  Anjing liar itu _______________________tulang.
13.  Penyeluk saku itu ____________________beg tangan ibu.
14.  Pengedar dadah yang terkenal itu _____________________  di rumahnya sebelum ditangkap oleh polis.
15.  Burung  itu ________________________ di atas pokok.
16.  Shalini _________________________air untuk membancuh kopi.
17.  Wanita tua itu _______________________daun kelapa untuk dibuat penyapu lidi.
18.  Pelajar itu ________________________beg ke sekolah.
19.  Nelayan itu _______________________ jala di tengah sungai.
20.  Harish  menggunakan lesung batu untuk ______________  cili.
21.  Pekerja kapal layar itu ________________________sauh untuk memulakan perjalanan.