Jumaat, 10 Mac 2017

Karangan-cara menjadi pelajar cemerlang

Pelajar cemerlang bermaksud individu yang cemerlang dalam mengawal emosi, aktif jasmani, teguh rohani dan intelek yang tinggi. Bukan mudah untuk seseorang menjadi insan yang cemerlang. Dalam hal ini, peranan ibu bapa, peranan sekolah dan tanggungjawab diri sendiri amat afdal. Setiap insan haruslah mempunyai iman yang teguh untuk berjaya dalam kehidupan. Ingatlah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Karangan-cara hargai guru

Guru merupakan insan yang wajar dikenang jasanya dan dihargai pengorbanannya. Namun demikian, warga pendidik di seantero alam kini berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan. Hal ini ditambah pula dengan kes-kes saman yang mengaibkan golongan pendidik. Oleh itu, pelbagai usaha hendaklah diimplimentasikan untuk mengangkat semula darjat guru. Setiap insan yang terdidik tidak harus bersikap seperti kacang lupakan kulit, sebaliknya mereka perlu mengambil langkah proaktif untuk mengenang budi guru.

Ulasan- kesan media sosial


Ulasan PT3

Cara-cara menghargai guru
-tulis semua isi tersurat dengan huraian
-tambah isi tersirat
-pastikan ada pendahuluan dan penutup