Sabtu, 31 Oktober 2015

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN LAUT / SUNGAI

SUNGAI YANG TERKOTOR DI MALAYSIA

Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang
Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur  
Sungai Segget di Johor Bahru.

PUNCA PENCEMARAN LAUT/ SUNGAI

- pembuangan sampah dari kawasan perumahan
- pembuangan sisa toksik oleh kilang
- kegiatan pembalakan haram
- hakisan tanah
- tumpahan minyak
- pembuangan sisa radioaktif
- amalan menuba

Selasa, 27 Oktober 2015

KESAN BENCANA ALAM

BENCANA ALAM

- RIBUT TAUFAN
- BANJIR KILAT
- BANJIR BESAR
- TSUNAMI
- TANAH RUNTUH


KESAN BENCANA ALAM

- masyarakat kehilangan harta benda
- masyarakat kehilangan nyawa
- menyebabkan trauma atau fobia
- kerajaan perlu berbelanja besar
- urusan harian terganggu

Rabu, 21 Oktober 2015

TUMPUAN KOMSAS SPM 2015

KOMSAS SPM- SOALAN KBAT 


IBU DAN CEPER
Pada pendapat saya, cara-cara menghargai ibu ialah kerap menziarahi ibu di kampung. Selain itu, membawa ibu melancong atau menunaikan haji. Berikutnya, memberi bantuan kewangan kepada ibu. Akhir sekali, menyambut hari kelahiran ibu.


MELISSA
Pada pendapat saya, cara-cara memupuk semangat cinta akan tanah air ialah mengibarkan Jalur Gemilang di rumah. Selain itu, berdiri tegak ketika lagu kebangsaan dinyanyikan. Seterusnya, melibatkan diri dalam pertandingan bulan kemerdekaan. Akhir sekali, menyertai perarakan kemerdekaan.


GELANGGANG TUK WALI
Pada pendapat saya, langkah menggalakkan masyarakat mempelajari seni pertahanan diri ialah kerajaan menganjurkan kempen. Selain itu, peranan media massa. Berikutnya, ibu bapa menghantar anak-anak ke latihan seni pertahanan diri. Akhir sekali, ibu bapa perlu memberi sokongan moral. 


TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
Pada pendapat saya, kesan jika keluarga kehilangan bapa ialah hilang tempat bergantung. Selain itu, mengalami masalah kewangan. Berikutnya, ibu akan mengalami kemurungan. Akhir sekali, anak-anak akan kehilangan kasih sayang seorang bapa.


TUMPUKAN JUGA----UNTUK SPM 2015

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
HIKAYAT KHOJA MAIMUN
SELOKA EMAK SI RANDANG
GURINDAM TONGGAK 12
HARGA REMAJA
DI PERPUSTAKAAN

Selasa, 20 Oktober 2015

TUMPUAN SPM 2015

PERANAN IBU BAPA 

1. MENGGILAP BAKAT SUKAN ANAK-ANAK
    - membawa anak-anak menjalani latihan
    - membelikan peralatan sukan
    - menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan
    - membawa anak-anak ke pertandingan
    - menjadi suri teladan

2. MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG BERSAHSIAH
    - memberi didikan agama yang secukupnya
    - meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak
    - memantau aktiviti anak-anak
    - menjadi suri teladan
    - mengenali rakan anak-anak

3. MEMUPUK AMALAN MENABUNG
    - membelikan tabung
    - memberi galakan
    - membuka akaun bank
    - memberi ganjaran
    - menjadi teladan

4. MENERAPKAN SEMANGAT CINTA AKAN TANAH AIR
   - mengibarkan Jalur Gemilang
   - membawa anak-anak melihat perarakan kemerdekaan
   - menonton filem berunsur patriotisme
   - memberi galakan untuk menyertai pertandingan
   - menjadi suri teladan

5. MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
   - menziarahi jiran tetangga
   - mengadakan rumah terbuka
   - melibatkan diri dalam gotong-royong setempat
   - bertukar juadah
   - bersopan-santun dan bertegur sapa dengan jiran