Selasa, 27 Ogos 2013

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA

Amalan membaca merupakan amalan yang kian dilupakan oleh generasi muda dewasa ini. Hal ini berpunca daripada ledakan teknologi maklumat yang semakin menghambat minda dan sanubari remaja. Oleh itu, rencaman usaha dan langkah hendaklah diimplementasikan oleh ibu bapa  untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang.  Menurut ikon membaca kebangsaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi persis kata aforisme melentur buluh biarlah dari rebungnya...

NANTIKAN SAMBUNGAN PENDAHULUAN INI....
JANGAN LUPA HADIRI BENGKEL DAN DAPATKAN TIP PEPERIKSAAN....PN.TVT

Selasa, 19 Februari 2013

KEPENTINGAN PERPADUAN

              Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat bagai belut diketil ekornya. Pembangunan Malaysia amat berkait rapat dengan kewujudan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang terjalin antara kaum-kaum utama ini hendaklah dikekalkan agar bumi bertuah ini dapat  berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di sarwajagat ini. Tidak dapat dinafikan bahawa integrasi antara kaum merupakan senjata yang ampuh dalam memastikan kesinambungan sesebuah kerajaan. Ingatlah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Oleh itu, kerajaan harus bersinergi dan mengambil langkah sederap dengan marhaen dalam usaha  mengekalkan perpaduan di negara ini. Terpahat rencaman kemaslahatan perpaduan kepada sesebuah masyarakat dan negara.

CEMERLANG BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang perlu dihayati bukan dihafal dan diluahkan semula.

Cara penulisan karangan amat mudah sekiranya anda tahu teknik penulisan yang betul!

CARA MUDAH MENULIS PENDAHULUAN
KARANGAN BERPANDU SPM

A1-MAKSUD
A2- ISU SEMASA
A3- HURAIAN ISU SEMASA
A4- PENDAPAT TOKOH
A5- KESIMPULAN KECIL




Selasa, 29 Januari 2013

Jangan Mudah Putus Asa!


Setiap insan dilahirkan untuk berjaya!







Sentiasa berfikiran positif!