Sabtu, 8 Disember 2012

Selamat Bercuti

Hai! pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Kita sudah berada di penghujung cuti sekolah. Oleh itu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti PMR dan SPM hendaklah mula  mengatur langkah kejayaan. Pastikan anda mendaftar segera di KEJORA HOME TUITION untuk mendapatkan modul ramalan peperiksaan Bahasa Melayu.

Isnin, 17 September 2012

Sabtu, 25 Ogos 2012

CERPEN PENANGGUNGAN


Sinopsis:

Kapten Mamat menyesal atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan tuhan



Tema:

Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. 

Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

ANTOLOGI KOMSAS 2012

ANTOLOGI KOMSAS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK TAHUN 2012

1. Hikayat Langlang Buana

2. Hikayat Siak

3. Cerpen Penanggungan

4. Cerpen Melissa

5. Cerpen Israk

6.Sajak Di Perpustakaan

7. Sajak Harga Remaja 

8. Sajak Dirgahayu Bahasaku

9. Kecek

10. 1400

Khamis, 2 Ogos 2012

Selamat Menjawab

Kepada semua pelajar bahasa Melayu PN.TVT , semoga dapat menjawab dengan mudah dan menerima keputusan cemerlang.

Jangan lupa layari blog Sejarah cikgu [ tengok tepi] , cikgu akan masukkan ramalan PMR 2012 dalam masa yang terdekat.

MAHATMA GANDHI -I NDIA

Where there is love, there is life

KAEDAH HARGAI WARGA TUA


Peranan keluarga – menyayangi warga tua
Peranan masyarakat – mengambil berat warga tua
Peranan media massa – memaparkan kisah hidup/penderitaan warga tua
Peranan guru – mengingatkan pelajar menghormati warga tua
Peranan kerajaan – menyediakan kemudahan kesihatan untuk warga tua

KEMASLAHATAN ILMU PENGETAHUAN


KEPENTINGAN MENCARI ILMU PENGETAHUAN.

Ilmu pengetahuan dapat meluaskan kosa kata seseorang
Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa  hadapan seseorang
Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
Seseorang  mampu menyelesaikan masalah
Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral
Seseorang tidak mudah terlibat dalam gejala sosial

PERPADUAN KAUM


 KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

dapat hidup dalam keadaan harmoni
dapat menyelesaikan masalah
dapat mengekalkan keamanan negara
dapat meningkatkan eknomi negara
dapat menjaga nama baik negara

KEMALANGAN JALAN RAYA


 USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN  DI JALAN RAYA.

Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.
Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di jalan raya.
Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Media massa menyiarkan  dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Kerajaan  menjalankan kempen-kempen secara berterusan.

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN


KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN


menjimatkan perbelanjaan
Industri tempatan semakin berkembang
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.
Imej negara dapat ditingkatkan
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA



1. Ilmu pengetahuan umpama pelita yang menerangi kegelapan malam.
2. Ilmu pengetahuan membawa manusia keluar daripada kejahilan.
3. Ilmu pengetahuan mewujudkan tamadun yang gemilang suatu ketika dulu.
4. Tanpa ilmu pengetahuan kita diumpamakan seperti katak di bawah tempurung.
5. Dengan ilmu pengetahuan, kita dapat melakukan pelbagai pekerjaan yang sukar.
6. Ilmu perlu didapatkan dari sejak dalam buaian hingga ke liang lahad.
7. Ilmu pengetahuan didapati melalui pembelajaran formal dan tidak formal.
8. Mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak kecil selalunya berhasil.


Peribahasa yang boleh dimasukkan dalam karangan :

1. Melentur buluh biar dari rebungnya.
2. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak-anak setelah dewasa umpama mengukir atas air. (Maksud peribahasa Arab).
4. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
5. Tuntutlah ilmu sampai ke negara China
6. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

PERANAN IBU BAPA


Ahad, 29 Julai 2012

SUKAN OLIMPIK 2012


Senarai Atlet Malaysia  ke Sukan Olimpik 2012, London.

1. Memanah
Cheng Chu Sian
Haziq Kamaruddin
Khairul Anuwar Mohamad
Cheng Chu Sian
Haziq Kamaruddin
Khairul Anuwar Mohamad
Nurul Syafiqah Hashim
2. Olahraga
Lee Hup Wei, Lompat Tinggi
Noraseela Khalid , 400m lompat bergalah
3. Badminton
Lee Chong Wei
Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Tee Jing Yi
Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
4. Berbasikal
Mohammed Adiq Husainie Othman
Amir Mustafa Rusli
Josiah Ng
Azizulhasni Awang
Fatehah Mustapa
5. Terjun
Huang Qiang
Yeoh Ken Nee
Bryan Nickson Lomas
Huang Qiang
Cheong Jun Heong
Ng Yan Yee
Traisy Vivien Tukiet
Cheong Jun Heong
Leong Mun Yee
Pandelela Rinong
6. Lawan Pedang
Yu Peng Kean
7. Sailing
Khairul Nizam Mohd Affendy
8. Menembak
Nur Suryani Muhd Taibi
9. Renang
Heidi Gan
Khoo Cai Lin

Sabtu, 21 Julai 2012

GURU- PANDANGAN SEORANG GURU





Sejak hari pertama seorang GURU menjejakkan kaki ke sekolah menengah


Tugasan harian yang biasa dilakukan ialah


1. menjadi guru mata pelajaran - 20 jam seminggu  [paling minimum]


2. menjadi guru ganti- 2 jam seminggu


3. menjadi guru kokurikulum- 2 jam seminggu


4. menjadi guru sukan- 2 jam seminggu


5. menjadi guru tingkatan- melengkapkan rekod kedatangan, mengisi borang amaran, melengkapkan SMM


6. mengisi markah TOV untuk headcount


7. mengisi markah pelajar dalam talian SAPS


8. menghadiri kelas tambahan


9. menghadiri LDP [Latihan Dalam Perkhidmatan]


10. menguruskan hari sukan


11. menguruskan hari guru


12. menguruskan hari kemerdekaan


13. menjadi guru bertugas- menghantar pelajar sakit


14. mengendalikan rombongan sambil belajar


15. mengendalikan kem motivasi


16. mengendalikan kem kecemerlangan


17. mengendalikan gotong-royong


18. menguruskan kerja kursus pelajar


19. menyediakan kertas solan pelajar


20. menyediakan skema subjek


21. pemarkahan kertas jawapan pelajar


22. menghadiri mesyuarat


23. menyediakan pelajar untuk pertandingan koakademik


24. menjayakan program jumpa waris


OPSS dah lebih 20 tugas guru yang saya senaraikan....


WALAUPUN RAMAI BERPENDAPAT TUGAS GURU BEGITU SANTAI NAMUN REALITINYA  MINDA GURU TAK PERNAI SANTAI LEBIH-LEBIH LAGI APABILA PERLU BERHADAPAN DENGAN 30-40 PELAJAR PADA SATU-SATU MASA.


CUBA BAYANGKAN SORANG IBU TAK DAPAT KAWAL 5 ORANG ANAKNYA SEDANGKAN GURU PERLU MENGAWAL DAN MEMASTIKAN SETIAP PELAJAR DAPAT MENERIMA ILMU YANG SECUKUPNYA DAN MENJADI PELAJAR YANG SYUMUL.


AKHIR KATA , SAYA BANGGA MENJADI SEORANG GURU....DAN WALAU APA PUN PEKERJAAN ANDA HARGAILAH GURU YANG PERNAH MEMBENTUK ANDA!


GURU MEMANG HEBAT !!!!!!!!



JOM BACA....

NOVEL NI MASA KECIK-KECIK DULU, CIKGU BACA BANYAK KALI, 


SEKALI  BACA MESTI SAMPAI HABIS, MUNGKIN ITU KUNCI  


KEJAYAAN CIKGU DALAM BAHASA MELAYU



LOGO KEMERDEKAAN 2012


KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Allahyarham Mohamed Hamzah merupakan insan mulia yang mencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada tanggal 31 Ogos 1957 semasa pengisytiharan kemerdekaan.

Di bawah ini petikan dari arkib negara
” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

SUKAN OLIMPIK 2012


Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di LondonEnglandUnited Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

Jumaat, 20 Julai 2012

Cantiknya?


Apa yang dapat anda lihat?

Adakah anda melihat 4 manusia atau 5 tiang???????????

ASAL-USUL BENDERA MALAYSIA


Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.


Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.


Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.


Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom – Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.


Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.


Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.


Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.


Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan.


Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.


Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.


Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.


Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.


Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.


Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.


Pada tahun 2012 ini genaplah 15 tahun nama “Jalur Gemilang” tersemat pada bendera Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).


Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.


Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang























INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA


APA PANDANGAN ANDA TENTANG PERKAHWINAN?

</

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN 

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) HARUN MAT PIAH

Maksud

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama.

 Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri

Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.

KARMA

KEPENTINGAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

BUAH-BUAHAN TEMPATAN MEMPUNYAI BANYAK KEBAIKAN IAITU 1. MENGENYANGKAN 2. MUDAH HADAM 3. MEMPUNYAI BANYAK VITAMIN KEPENTINGAN LAIN SECARA UMUM IALAH 1. MENAMBAH PENDAPATAN PENIAGA 2. MEMPERKENALKAN NEGARA KEPADA ORANG LUAR 3. UNTUK KESIHATAN DIRI

DELIMA MERAH

Buah Delima yang isinya merah mempunyai banyak khasiat. Setahu saya dapat mempertajam pemikiran dan memudahkan proses penghafalan. Apa lagi? Cubalah.

Ahad, 24 Jun 2012

Pepatah Melayu

Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. Mencari Jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Memerah Otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. Berbesar Hati Maksud : Gembira. Anak Buah Maksud : Anak saudara atau Pekerja di bawah jagaan kita. Tuan Rumah Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara Batu Penghalang Maksud : Halangan

ILUSI

Jangan percaya apa yang dipandang, Ia cuma permainan mata , Ia cuma permainan hati, Percayalah pada diri anda!

Ahad, 17 Jun 2012

SAYANGI BAPA ANDA

BAPA SAYA, SAMA SEPERTI BAPA-BAPA YANG LAIN, MENGUSUNGKU DI BAHU KE SEKOLAH, MEMIMPINKU KE BILIK KULIAH, MEMBUKA PINTU HATI, MEMBUKA PINTU MATA DAN TIBA-TIBA SEMUANYA GHAIB APABILA KU MENJADI BAPA KEPADA ANAKKU.... SEMOGA TUHAN MEMAAFKAN SEGALA-GALA YANG DI LUAR JANGKAAN, MASA PENENTU SEGALANYA.

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA

Selasa, 3 April 2012

PERANGI DADAH



Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.

Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.

PUTRAJAYA




Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan . Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Ahad, 1 April 2012

GUA TEMPURUNG PERAK



Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.


Gua Tempurung di Gopeng, Perak
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

KATA HIKMAT

Nelson Mandela
Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.

KATA HIKMAT

Aristotle
The roots of education are bitter, but the fruit is sweet.

KATA HIKMAT


"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"

~ Confucius

Rabu, 14 Mac 2012

PERIBAHASA 9


Jatuh Air Muka
Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Pak Kassim kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

Jatuh Bangun
Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

Jatuh Cinta
Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Ali jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

Jatuh Dari Langit
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Jatuh Harga Diri
Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Ali berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

Jatuh Hati
Maksud: Menaruh cinta (kasih).

PERIBAHASA 8



Kaki Ayam = Berkaki Ayam
Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Ali terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ali kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

Kaki Botol
Maksud: Orang yang suka minum arak.

Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Ali sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Abu.

Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ali seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

PERIBAHASA 7


Darah Daging
Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

Darah Gemuruh
Maksud: Mudah gugup.
Contoh Ayat: Ali tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

Darah Manis
Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

Darah Panas
Maksud: Cepat marah.
Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

PERIBAHASA 6


MANDI KERBAU
- mandi dengan tidak betul

PERIBAHASA 5


TANGKAI JERING
-kedekut, bakhil

PERIBAHASA 4


MULUT MURAI
-banyak bercakap

PERIBAHASA 3


MULUT TEMPAYAN
- tidak pandai menyimpan rahsia

PERIBAHASA 2


MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
-mendidik anak-anak sejak kecil

PERIBAHASA 1



KECIL TAPAK TANGAN NYIRU DITADAHKAN
- mengalu-alukan kedatangan seseorang atau sesuatu