Jumaat, 22 Julai 2011
KERJA AMAL
Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik mutakhir ini, kita seyogianya memahami maksud kerja amal. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk kerja amal dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali maksud kerja amal dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah melakukan kerja amal untuk membersihkan sesuatu tempat, membantu orang lain atau membantu jiran-jiran sendiri? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah kerja amal dan menjalankan kegiatan ini agar hasrat murni kerajaan untuk membentuk masyarakat berminda kelas pertama dapat digapai..
Langgan:
Catatan (Atom)