Sabtu, 5 Februari 2011

Bangganya AKU menjadi GURU


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Cikgu ingin mengucapkan

Selamat Tahun Baru Cina kepada

semua pelajar yang berbangsa Cina.

Semoga anda gembira bersama

keluarga tersayang.

Selasa, 1 Februari 2011

BOLEH


Jika dia boleh, saya pun boleh,

Jika mereka boleh, saya pun boleh,

Jika kau boleh, saya pun boleh,

Jika engkau boleh, saya pun boleh,

Jika ibu boleh, saya pun boleh,

Jika ayah boleh, saya pun boleh,

Jika kakak boleh, saya pun boleh,

Jika abang boleh, saya pun boleh,

Jika adik boleh, saya pun boleh,


Jika SEMUA ORANG boleh,

PASTI SAYA PUN BOLEH

merangkul kejayaan yang diimpikan,

menggapai kejora yang bertaburan di angkasa,

menjejakkan kaki ke menara gading,

menggenggam segulung ijazah,

mendaki gunung kehidupan,

menjejak ilmu kehidupan yang memburu,

mengapresiasi jasa ibu dan bapa dan yang paling penting sekali

memburu rahsia kejayaan yang didambakan.


Kata Hikmat

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

( Aristotle )

All human actions have one or more of these seven causes: chance, nature, compulsions, habit, reason, passion and desire.
( Aristotle)

All men by nature desire to know.
(Aristotle)

Courage is the first of human qualities because it is the quality which guarantees the others.
(Aristotle)

Dignity does not consist in possessing honors, but in deserving them.
(Aristotle)

Dignity does not consist in possessing honors, but in deserving them.
(Aristotle)

Fear is pain arising from the anticipation of evil.
(Aristotle)

Happiness depends upon ourselves.
(Aristotle)

Happiness is a state of activity.
(Aristotle)

He who has never learned to obey cannot be a good commander.
(Aristotle)

He who has overcome his fears will truly be free.
(Aristotle)

Kembara Amira

Watak dan Perwatakan

- Amira Amir- berani, penyayang, semangat setiakawan
- Jacinta/ JC- semangat setiakawan, mudah merajuk, penyayang
- Profesor Zaidah- tegas, bertanggungjawab, penyayang
- Dr. Zawawi- bertanggungjawab, berani, berdikari
- Itai
- Tau
- Ludin
- Jennifer/ Ipah/ Samantha
- Malique
- Ridley
- Brenda
- Pak Lias
- Roslan
- John O 'Hara
- Ah Chin