Rabu, 21 Disember 2011

Ramalan BM SPM 2012


Modul Ramalan 1 BM SPM 2012 akan mula diedarkan kepada pelajar di KEJORA HOME TUITION pada bulan Januari ini.

Anda boleh mulakan persediaan awal untuk berjaya dalam SPM 2012.

Tutor anda Pn.TVT

KEPUTUSAN PMR 2011 .................KELUAR HARI INI!


Sembilan bulan mengharung badai,
Ombak dan tsunami berjaya diredah,
semakin hari semakin pandai,
Segala yang diusahakan pasti berbuah.

Kepada semua anak murid Pn.TVT ingin diucapkan selamat berjaya,

APA YANG ANDA TANAM, ITU YANG AKAN ANDA TUAI,

jagalah sahsiah diri di samping ketajaman minda untuk terus berjaya dalam hidup.

Sabtu, 17 Disember 2011

KEPENTINGAN SAYUR-SAYURAN

JANGAN LUPA MAKAN SAYUR-SAYURAN YANG KAYA DENGAN FIBER !


PONDOK BAS DI ATLANTA

PONDOK BAS DI ATLANTA INI TIDAK KURANG JUGA HEBATNYA....

PONDOK BAS DI ROM

SUATU KETIKA DAHULU TERDAPAT SEPASANG ANAK KEMBAR.

SEORANG BERNAMA REMUS DAN SEORANG LAGI BERNAMA ROMULUS.

MEREKA KEHILANGAN IBU BAPA KETIKA KECIL DAN DIPELIHARA OLEH SEEKOR SERIGALA.

MEREKA SERING BERGADUH DAN APABILA MENINGKAT DEWASA PERTELINGKAHAN SEMAKIN BESAR.

PADA SUATU HARI KETIKA BERPERANG REMUS MENINGGAL DUNIA DAN

ROMULUS BERJAYA MENJADI RAJA DAN MEWUJUDKAN KERAJAAN ROM.

KINI DENGAN PERKEMBANGAN ZAMAN, LIHATLAH PONDOS BAS YANG UNIK DI ROM INI!

PONDOK BAS DI HAMBURG

UNIK JUGA PONDOK BAS INI!

PONDOK BAS DI BERLIN

BEGITU UNIK PONDOK BAS INI

Aduh, sakitnya !

Jumaat, 16 Disember 2011

PIYAMIT TUNNEL






PIYAMIT TUNNEL merupakan terowong komunis yang terletak di Betong Thailand. Ketika Tanah Melayu berusaha membersihkan negara dengan memberi pengampunan kepada komunis , ramai yang menyerah diri, tetapi ramai juga yang melarikan diri ke luar negara terutamanya Thailand.

The tunnel was built in three months in B.E. 2519, winding through the mountain for about one kilometre, about 50–60 feet wide with multiple entrances. It was used as the air raid shelter and food storage area. At present there is an exhibition about its history including the way of life in the forest.[Wikipedia]

Kini PIYAMIT TUNNEL telah menjadi tempat pelancongan yang terkenal. Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika melawat Betong:

Sabtu, 26 November 2011

Kepentingan Pendidikan

"Hendaklah Ibu bapa Mendidik Anak Berlainan Dengan Cara Mereka Dididik, Sebab Allah Melahirkan Anak Itu Berlainan Zaman Daripada Zaman Ibu bapa...."

- Saidina Umar Al-Khattab

Kemaslahatan Pendidikan

"Didiklah Anak-anakmu Sesuai Dengan Zamannya..."
- Itu kata Saidina Ali r.a.

Inikah ciri-ciri pelajar cemerlang ?

Isnin, 21 November 2011

Usaha Tangga Kejayaan

KUGAPAI IMPIAN

Akhirnya , peperiksaan Bahasa Melayu SPM sudah pun selesai,
Ramai yang terkinja-kinja di saat akhir,
Ramai yang mencari-cari jalan singkat,
Ramai yang cuba menipu tetapi tidak sedar diri ditipu,

Ingatlah, satu perkara yang sangat penting,
Dalam mencari ilmu jangan berkira-kira,
Jika seluar jeans berharga RM200 mudah dibeli,
Jika tiket wayang dan 'popcorn' semurah RM20 mampu dirasai,

Mengapa tidak anda membayar setiap titisan peluh ibu bapa anda,
setiap herdikan suara guru anda,
setiap bantuan kawan anda,

Jangan sesekali menipu,
kerana hanya ilmu yang halal akan kekal selama-lamanya.

Isnin, 14 November 2011

Harga Sebuah Lukisan


Antologi Tingkatan 3 bagi negeri Kedah bermula pada tahun 2012 ialah

Sabtu, 12 November 2011

Selamat Menjawab - TIP PANAS 2011

Semakin berdebar-debar, hati kecut dan sudah menghafal tidak henti-henti sejak beberapa hari yang lalu,

Ini yang akan berlaku kepada pelajar-pelajar yang kurang bersedia sejak awal lagi. Dengan beberapa jam sahaja untuk menempuh peperiksaan, saya pasti ramai yang dilimpahi dengan pelbagai soalan ramalan sejak beberapa hari yang lalu.

Kepada yang boleh menulis , cikgu sarankan hanya menghafal isi karangan sahaja.

Dalam keadaan yang semakin menghimpit ini



PASTIKAN ANDA SUDAH MEMBACA ANTOLOGI:
1. Dirgahayu Bahasaku
2. Israk
3. Melissa
4. Cempaka Berdarah
5. Ibu dan Ceper
6. Hikayat Langlang Buana
7. Di Perpustakaan
8. Pantun Enam Kerat
9. Hikayat Inderaputra
10.Pantun Enam Kerat




PASTIKAN ANDA TAHU ISI KARANGAN
1. Permainan tradisional
2. Kepentingan Hutan
3. Peranan ibu bapa memupuk amalan membaca
4. Keluarga Impian sata
5. Patriotisme
6. Kejiranan
7. Kitar semula
8. Bencana Alam
9. Pelancongan
10.Pengangkutan




PASTIKAN ANDA TAHU ISI NOVEL
1. Tema dan persoalan
2. Latar
3. Perwatakan
4. Konflik
5. Sinopsis




TATABAHASA
1. Pola Ayat
2. Gabung Ayat
3. Ayat Pasif dan Aktif
4. Ayat Songsang
5. Jenis Ayat
6. Subjek dan Predikat

Selasa, 8 November 2011

PERIBAHASA

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Makna: Adik-beradik yang bergaduh pasti akan berbaik semula

Ikan pulang ke lubuk
Makna: Setelah balik dari merantau, tidak mahu ke mana-mana lagi.

Berkayuh sambil bertimba
Makna: Membuat dua tiga pekerjaan serentak.

Sambil berdiang, nasi masak
Makna: Dari satu kerja dapat dua faedah.

Ada jalan
Makna: Ada cara

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
Makna: Kalau mahu, macam-macam usaha; kalau tidak mahu, macam-macam alasan.


Alang-alang berminyak biar licin
Makna: Buat kerja biar sampai jadi.


Bagai menatang minyak yang penuh
Makna: Menjaga dan memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.


Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Makna: Membuat dua kerja serentak


Ke sungai sambil mandi
Makna: Mendapat dua faedah serentak.


Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Makna: Yang diusahakan tak dapat, yang ada hilang

Sabtu, 5 November 2011

Terima jelah....



Minggu peperiksaan semakin hampir dan hatiku berdebar-debar.......

TEMA TUMPUAN SPM 2011

TEMA YANG 'PANAS' UNTUK PENULISAN SPM 2011 IALAH

1. EKONOMI - PELANCONGAN, PELABURAN

2. WARISAN BANGSA - PERMAINAN TRADISIONAL, BANGUNAN BERSEJARAH

3. ALAM SEKITAR - KEPENTINGAN HUTAN,PENCEMARAN, BENCANA ALAM

4. JALAN RAYA- PENGANGKUTAN AWAM, KEMALANGAN, KESESAKAN

5. PERANAN IBU BAPA.KELUARGA-MENGGILAP BAKAT SUKAN, MEMUPUK JATI DIRI,MENERAPKAN AMALAN MEMBACA, MEMBENTUK PELAJAR CEMERLANG

6. FAEDAH MENABUNG, MENDERMA ,MEMBACA, BERSUKAN

Khamis, 3 November 2011

Harga Diri Remaja


Saya ingin menjadi seorang GURU.

Ini kata-kataku pada ayah,

Ini kata-kataku pada ibu,

Ini kata-kataku pada guru,



Tiada sesiapa yang memberi kata putus,

Akhirnya kugapai impian,

menjadi seorang guru, profesion mulia,

mendidik anak-anak yang bijak tetapi tidak cerdik,

mengasuh minda remaja yang pintar tetapi kurang pandai,

menajamkan lidah dan mengasah bakat yang terpendam.




Kini, hasil usahaku membuahkan kejayaan,

Hasil yang bakal melayari bahtera wawasan,

Ya.....hasilnya pelajar yang tidak menegur apabila terserempak,

pelajar yang lidahnya kelu tidak mampu memberi salam,

pelajar yang tangannya kaku tidak ingin melambai,




Apabila melihat aku yang semakin berusia mengangkat buku,

mereka berlari-lari bukan untuk menolong tetapi untuk melarikan diri.

Tandusnya nilai kemanusiaan,

Nilai kebinatangan semakin bermaharajalela,



Ingatlah, walau apapun kedudukan anda,

pensyarah, pakar, doktor, peguam, arkitek mahupun buruh,

tangan anda pernah dipegang dan diajar untuk menulis

oleh seorang pengajar.



Tanganku kini sedang menulis juga kerana

seorang guru yang tidak pernah kecewa

walaupun ratusan dan jutaan kacang lupakan kulit.


Pn.TVT 2011

Jangan mudah kecundang........





Selasa, 1 November 2011

SOALAN SEBENAR KOMSAS 2000-2010 [4a]- 7 markah

kewajaran pengarang mengakhiri cerita

sinopsis novel

tema novel

klimaks novel & peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita

persoalan kegigihan

cabaran-cabaran yang dihadapi watak utama

nilai kasih sayang

perwatakan satu watak sampingan

Menghuraikan dua peristiwa paling menarik dan menyatakan sebabnya.

Menghuraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel

pengajaran novel

dua nilai setia kawan

persoalan maruah.

pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel.

Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat

Menjelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan pembaca

Menghuraikankan dua contoh yang dapat membuktikan bahawa ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Menjelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Menceritakan kandungan sebuah novel yang dikaji secara ringkas..

Ahad, 23 Oktober 2011

BINA AYAT- PERCUBAAN SPM 2011

Bina ayat:
(i) cari gali
(ii) jati diri
(iii) ruang legar
(iv) ulasan selari
(v) ulang tayang
(vi) temu ramah


Bina ayat:
(i) soal siasat
(ii) soal jawab
(iii) temu duga
(iv) temu bual
(v) lemah lembut
(vi) lemah lesu

Bina ayat:
(i) reda - redah
(ii) paras - parau
(iii) kerat - kelat

Bina ayat:
(i) lebih kurang
(ii) baik buruk
(iii) tinggi rendah
(iv) susah senang
(v) tua muda
(vi) maju mundur

Pasangan kata:
(i) daya - daya saing
(ii) ulang - ulang tahun
(iii) ambil - ambil berat

Pasangan kata:
(i) latar - latar belakang
(ii) pusat - pusat serenti
(iii) jangka - jangka hayat

Pasangan kata:
(i) baik - baik-baik
(ii) jarang - jarang-jarang
(iii) suka - suka-suka

Bina ayat:
(i) nama
(ii) bernama
(iii) ternama
(iv) menamakan
(v) kenamaan
(vi) penamaan

Bina ayat:
(i) menjahit
(ii) menyulam
(iii) menganyam
(iv) mengait
(v) memilin
(vi) menyirat

Bina ayat:
(i) asal usul
(ii) adat resam
(iii) amal ibadat
(iv) hak milik
(v) atur cara
(vi) reka bentuk


Bina ayat:
(i) balas
(ii) belas
(iii) dulang
(iv) dalang
(v) kaji
(vi) keji

Tulis dua ayat setiap satu perkataan:
(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang

Bina ayat:
(i) bergerigi
(ii) bergeletar
(iii) bergerodak
(iv) bergemerlap
(v) bersemerbak
(vi) berkeruping

Bina ayat:
(i) rancang
(ii) merancang
(iii) terancang
(iv) perancang
(v) rancangan
(vi) perancangan

Bina ayat:
(i) bekalan
(ii) pembekal
(iii) membekalkan
(iv) menaiki
(v) kenaikan
(vi) penaikan

Bina ayat:
(i) salah faham
(ii) salah guna
(iii) sara hidup
(iv) senarai hitam
(v) serba salah
(vi) soal siasat

Tulis dua ayat:
(i) bela
(ii) reda
(iii) perang

Bina ayat:
(i) seniman
(ii) budiman
(iii) hartawan
(iv) karyawan
(v) peragawati
(vi) olahragawati

Pasangan perkataan:
(i) peperiksaan - pemeriksaan
(ii) persatuan - penyatuan
(iii) penemuan - pertemuan

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN -PERCUBAAN SPM 2011

Faedah-faedah mengadakan majlis rumah terbuka pada musim perayaan di Malaysia.

Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah.

Usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah.

Langkah-langkah meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya

Faedah-faedah amalan bergotong-royong.


Cara-cara meningkatkan amalan membaca dalam kalangan remaja di negara ini.

Punca-punca berlakunya jerebu di negara ini.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Punca-punca penderaan terhadap kanak-kanak


Kepentingan amalan menabung dalam kehidupan masyarakat di negara kita.

Usaha-usaha memajukan industri inap desa.

Kebaikan hidup berjiran.

Kepentingan sungai di negara kita.


Faedah-faedah melancong.

Faedah menggunakan pengangkutan awam.

Usaha-usaha menggalakkan pelancongan.

Kebaikan membeli barangan tempatan.


Kepentingan amalan menabung.

Cara-cara mewujudkan amalan kejiranan yang selamat.

Rabu, 19 Oktober 2011

KARANGAN TEMA 3-MASYARAKAT [PERCUBAAN SPM 2011]

Modal insan berkualiti menjana ekonomi dan pembangunan negara maju 2020.

Ceramah kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian.

Sikap positif usahawan yang berjaya.

Faedah-faedah IKS kepada masyarakat dan negara.

Peranan pelbagai pihak menjaga kebersihan tempat awam.

Tanggungjawab setiap rakyat Malaysia memupuk keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia.

Pengaruh TMK menyebabkan permainan tradisional semakin dipinggirkan – usaha mempopularkan permainan tradisional.

Cara-cara mengatasi kejadian tanah runtuh.

Kepentingan program kitar semula.

Peranan masyarakat melahirkan rakyat yang bersusila.

Peranan pelbagai pihak memajukan industri pelancongan.

Kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara.

Peranan masyarakat dalam memulihara sungai-sungai di negara kita.

Langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan kepentingan perpaduan kepada negara.

Faedah-faedah yang diperoleh oleh murid-murid apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Rencana tentang kepentingan air kepada kita dan negara.

Langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri batik dan songket negara.

Huraikan sebab-sebab pendidikan perlu dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran.

Usaha-usaha untuk membantu OKU.

KARANGAN TEMA 2-KELUARGA [PERCUBAAN SPM 2011]

Amalan masyarakat penyayang.

Langkah menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Kepentingan kebersihan – peranan ibu bapa.

Peranan keluarga menangani kemelesetan ekonomi negara.

Langkah-langkah setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres.

Usaha-usaha memberikan kesedaran masyarakat mengutamakan kebersihan.

Pidato – Peranan masyarakat untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.

Faktor-faktor yang menentukan pembentukan institusi keluarga yang bahagia.

Peranan agensi pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang.

Ibu bapa penentu kerjaya anak-anak pada masa depan.

Kegawatan ekonomi - peranan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi pengguna bijak.

Keberkesanan peranan ibu bapa menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Syarahan - Keluarga bahagia tonggak kemajuan negara.

Langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka.

Pergaulan bebas, sikap tidak mahu dikongkong menjadi punca maksiat dan jenayah pembuangan bayi. Huraikan peranan ibu bapa dan keluarga untuk membendung masalah ini.

Peranan keluarga dalam menjamin keselamatan ahli-ahlinya daripada bahaya dan pengaruh persekitaran.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagian sesebuah keluarga. Bincangkan

Peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.

KARANGAN TEMA 1-INDIVIDU [PERCUBAAN SPM 2011]

Cara-cara hargai jasa guru.

Faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.

Kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa – bahasa kedua, ICT, kemahiran berfikir, berkomunikasi, bekerja dalam pasukan.

Usaha-usaha menjadi remaja berwawasan.

Bagaimanakah cara pelajar menggunakan laman sosial untuk membantu pembelajaran.

Punca-punca remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti

Usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Jelaskan ciri-ciri wanita yang anda kagumi berdasarkan contoh yang terdapat dalam kehidupan anda.

Peranan remaja dalam menangani masalah kegemukan – syarahan.

Usaha-usaha yang perlu remaja lakukan untuk menangani stres.

Huraikan persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mereaslisasikan cabaran pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

Peranan anda sebagai remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Ucapan anda sebagai Tokoh Pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

Buli, rempit, gangsterisme, kegiatan samseng - sebagai remaja, kaedah berkesan menghindarkan diri.

Ceramah Ketua Pengawas kepada murid-murid tahun enam - Persiapan Untuk Memasuki Sekolah Menengah.

Sebagai pelajar, jelaskan cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru anda.

Ciri-ciri rakan sebaya pilihan anda sebagai remaja

KOMSAS [NOVEL] - SOALAN PERCUBAAN 2011

HARGA REMAJA DAN KEMBARA AMIRA

(a) Tema salah sebuah novel
(b) Perwatakan watak utama dalam dua novel

(a) Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda pelajari.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.

(a) Dua peristiwa yang menyayat hati dalam satu novel
(b) Latar masyarakat dalam dua novel

(a) Dua teknik penceritaan dalam satu novel
(b) Satu persoalan dalam setiap dua novel

(a) Huraikan dua persoalan dalam sebuah novel.
(b) Berdasarkan dua buah novel, jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam setiap novel.

(a) Huraikan dua konflik oleh watak utama dan bagaimana diselesaikan - dalam satu novel
(b) Perbandingan dua latar masyarakat dalam setiap novel.

(a) Dua persoalan dalam satu novel.
(b) Perbandingan dua novel - bandingkan satu perwatakan watak utama.

(a) Huraikan tema novel.
(b) Perbandingan - satu latar masyarakat dalam setiap novel.

(a) Nyatakan dan huraikan tema novel.
(b) Huraikan tiga peristiwa yang memperlihat-kan latar masyarakat yang prihatian terhadap masalah orang lain.

(a) Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang.
(b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua novel.

(a) Peristiwa yang mempunyai nilai murni.
(b) Perbandingan - satu latar masyarakat dalam setiap novel.

(a) Nilai kasih sayang digunakan dalam novel. Berikan dua peristiwa.
(b) Peristiwa negatif membawa teladan dalam kehidupan kita. Berikan dua persitiwa tersebut berdasarkan dua novel yang telah anda kaji.

(a) Dua keistimewaan perwatakan watak utama.
(b) Perbandingan - Satu peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam setiap novel.

PUISI-PERCUBAAN SPM 2011

PUISI

Gurindan 12 Fasal ke6
Pantun Lapan Kerat
Sajak Adat Sezaman
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak "Kecek (V)"
Sajak "Di Perpustakaan"
Sajak "Harga Remaja"
Sajak "Bangkitlah"
Sajak "Di Bawah Langit Yang Sama"

PROSA KLASIK- PERCUBAAN SPM 2011

PROSA KLASIK
Hikayat Opu Daeng Menambun
Hikayat Langlang Buana
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Dua Geliga Hikmat
Hikayat Siak
Merah Silu

PROSA MODEN-PERCUBAAN SPM 2011


DI BAWAH INI DISENARAIKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2011

Cerpen Israk
Cerpen Ibu dan Ceper
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
Cerpen Biarkan Samudera
Drama Forum Remaja 2020
Cerpen "Mellisa"
Drama "Dato' Onn"
Cerpen "Pahlawan Buntung"
Drama "Gelanggang Tuk Wali"

KARANGAN TUMPUAN SPM 2011


DISIPLIN TERAS KEJAYAAN
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
CARA-CARA MENGHARGAIM JASA GURU
CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK MASYARAKAT PENYAYANG
MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA
USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
USAHA-USAHA MENGATASI PENCEMARAN ALAM
USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PANTUN
PERANAN INDIVIDU MEMUPUK AMALAN MEMBACA
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG
KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
KEPENTINGAN ILMU
KELUARGA IMPIAN SAYA
KAEDAH MENGATASI TANAH RUNTUH

Isnin, 3 Oktober 2011

Selamat Berjaya Pelajar PMR 2011

SELAMAT MENJAWAB

Kepada semua pelajar-pelajar Pn.TVT diharap dapat menjawab dengan cemerlang.

sila dapatkan tip-tip Sejarah dalam masa yang terdekat di blog sejarah cikgu.

http://eksplisitsejarah.blogspot.com

Selamat berjaya

Ahad, 2 Oktober 2011

KOMSAS- TARGET 2011

1. Pengajaran
2. Watak dan perwatakan
3. Teknik plot
4. Latar

ANTOLOGI KOMSAS -RAMALAN 2011

CERPEN TINGKATAN 1
- Hadiah hari guru
- Sehijau Warna Daun
- Gema menggegar kota

SAJAK TINGKATAN 2
- Mata Ayah
- Seuntai Kata untuk dirasa

PUISI TINGKATAN 2
- Syair pesanan ibu
- Syair Mungkir janji

TIP-TIP PENTING PMR 2011

1. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk nilai moral remaja dan akhlak dalam kalangan remaja. Berikan pendapat anda.

- meluangkan masa
- memberi perhatian
- memberi didikan agama
- menjadi suri teladan

2.Penubuhan unit beruniform seperti Pengakap, Pergerakan Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah banyak memberi manfaat kepada pelajar. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah yang diperoleh dengan menyertai pasukan unit beruniform ini

- membentuk keperibadian remaja
- mencungkil bakat kepimpinan
- memupuk perpaduan
- remaja yang seimbang

3.Langkah-langkah menggalakkan permainan tradisional di Malaysia
- Galakan daripada ibu bapa
- Aktiviti kokurikulum di sekolah
- Pertandingan permainan tradisional
- kempen

4.Punca-punca wujudnya masalah sosial dalam kalangan remaja.
- kurang perhatian ibu bapa
- kurang didikan agama
- pengaruh rakan sebaya
- pengaruh media massa

5.Rakan anda menghadapi masalah untuk mengikuti pelajaran di sekolah. Anda telah menasihatinya supaya mengikuti kelas tuisyen. Tuliskan surat anda kepada rakan anda itu selengkapnya.
- tip-tip peperiksaan
- latih tubi menyeluruh
- ulang kaji
- soalan sebenar

6.Kesan Obesiti
- aktiviti bersukan terhad
- perbelanjaan meningkat
- kurang produktif
- penyakit kronik

7.Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen tersebut anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.Sediakan teks ceramah anda selengkapnya
- menghormati mereka
- memberi bantuan kewangan
- memberi sokongan moral
- menyediakan tempat tinggal

8.Cara-cara mengatasi keracunan makanan
- membawa bekalan makanan
- mengutamakan kebersihan
- pemantauan pihak berkuasa
- kempen

9.Pihak sekolah perlu mengambil berat tentang keselamatan pelajar. Jelaskan
ciri-ciri sekolah selamat.

- mempunyai pengawal keselamatan
- mempunyai papan tanda
- peralatan elekrik sentiasa dipantau
- mempunyai alat pemadam kebakaran

10.Kepentingan Sukan
- perpaduan
- menyihatkan tubuh badan
- mengharumkan nama negara
- membentuk disiplin diri

Sabtu, 1 Oktober 2011

HADIAH HARI GURU


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibunya terpaksa bertungkus-lumus bekerja sepeninggalan ayahnya tiga tahun yang lalu. Ayahnya bekerja terlalu berat semasa menjadi pemandu lori. Lalu jatuh sakit, muntah-muntah darah dan meninggal di hospital. Semenjak itu ibunya menjadi ibu dan ayah.
Tanah sawah seekar pusaka ibunya hanya cukup untuk berbelanja beberapa bulan dalam setahun. Bulan-bulan selebihnya terpaksalah ibunya sendiri berusaha mengambil upah menanam dan memotong padi. Kini ibunya sakit pula.
Penanggungan penderitaan itu amat dirasainya sebagai seorang abang yang baru berusia sepuluh tahun, belajar dalam darjah lima, di sekolah kebangsaan di kampungnya. Dan kerana itu dia tidak akan meminta apa-apa daripada ibunya untuk memberikan hadiah gurunya sempena Hari Guru pada tahun ini.
Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu tergambar di fikirannya rakan-rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenungi bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal harganya; dengan hati yang penuh terharu.
“Oh, Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku. Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.” Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa.
Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokok-pokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayu api, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh manusia.



Sinopsis
Ramli merupakan anak yatim yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Ramli tinggal bersama dengan ibunya, Mak Sopiah dan dua orang adiknya.

Sempena Hari Guru yang akan disambut di sekolahnya, Ramli berhajat untuk menghadiahkan sesuatu kepada gurunya, Cikgu Fatimah. Ibu Ramli berasa sedih kerana tidak dapat memenuhi hajat anaknya itu.

Ramli telah mengambil keputusan untuk menghadiahkan ulam pucuk janggus kepada Cikgu Fatimah. Awal-awal lagi Ramli telah menyerahkan hadiahnya itu.

Cikgu Fatimah berasa terharu apabila membaca nota yang ditulis oleh Ramli. Lantaran itu, Cikgu Fatimah mengambil keputusan untuk mengambil Ramli sebagai anak angkatnya.

Pihak sekolah juga berjanji akan memberi bantuan kepada Ramli dan pelajar-pelajar miskin yang lain.

Tema
Ketulusan hati seorang pelajar yang menghargai jasa guru

Persoalan
Menghargai jasa guru
Kemiskinan hidup
Pengorbanan seorang ibu

SYARAHAN

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil dan seterusnya hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk syarahan “Membudayakan Amalan Membaca.”

Hadirin yang saya muliakan,
Amalan membaca memang telah disedari kemaslahatannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Amalan membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.

PERPADUAN

Sukan berupaya pupuk perpaduan
 sukan dijalankan secara beramai-ramai- berlaku interaksi
 sukan yang melibatan pasukan negara - sokongan diberi kepada pasukan kebangsaan
 sukan menekankan aspek kerjasama - faham erti nilai murni ini
 sukan menjadikan rakyat ada matlamat

Kepentingan perpaduan
 menjana ekonomi negara- lebih ramai pelabur datang.
 memastikan imej negara tersohor - tiada pergaduhan besar
 lebih banyak kreativiti berupaya dilahirkan - tiada tekanan
 rakyat hidup lebh ceria - nikmati kemodenan sebenar

Cara wujudkan perpaduan
 mewujudkan program khas untuk remaja - interaksi berlaku antara mereka
 tidak mencetuskan isu-isu sensitif - agama contohnya
 konsep rumah terbuka diluaskan - perayaan di sambut bersama-sama
 sistem pendidikan menekankan aspek perpaduan

SAJAK RUMAH BARU


Telah kita siapkan rumah baru
untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanahkan
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan

Telah kita siapkan rumah baru
di atas tiang muafakat
air, pasir, dan simen
dari tangan pelbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi toleransi

Telah kita siapkan rumah baru
berwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramah
rajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraan
sampai akhir zaman
Haron A.H
Anak Bumi Tercinta,
DBP 2001

Maksud
Rumah baru yang dimaksudkan ialah sebuah negara baru. Telah ada perancangan bagi memajukan negara pada masa akan datang.

Wawasan pada masa akan datang itu dibina secara kerjasama dengan rakyat di negara ini. Negara ini mampu maju hasil daripada sikap bertolak ansur antara kaum-kaum di negara ini

Rakyatnya pula akan sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerjasama. Kesannya keharmonian hidup dapat dinikmati.

Persoalan
- masa depan negara ditentukan oleh generasi muda pada masa kini
- kerjasama antara kaum amat penting

Nada
- patriotik


Gaya Bahasa

- metafora – tahun wawasan / tiang muafakat / bumi toleransi / juadah kesejahteraan

- perlambangan – rumah baru ( negara yang masih muda )


Pengajaran

- kita bertanggungjawab memberikan pendidikan yang secukupnya kepada generasi muda

- kita hendaklah bertindak dengan bijaksana dalam usaha mencapai wawasan

- setiap kaum harus mengamalkan toleransi dan muafakat untuk mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan

- sesebuah negara yang aman adalah negara yang berlandaskan perpaduan antara kaum

TEKNIK PLOT

Teknik Plot - MERDEKA! MERDEKA!
1. Imbas muka ialah ramalan tentang peristiwa yang bakal berlaku.
2. Imbas kembali ialah mengingati peristiwa yang sudah berlaku.
3. Pemerian ialah pengarang menjelaskan watak secara terus.
4. Dialog ialah percakapan antara watak watak
5. Suspens ialah unsur tertanya-tanya pembaca setelah membaca sesuatu plot
6. Kejutan ialah kejadian yang mengejutkan pembaca setelah membaca

KOSA KATA - PENUTUP KARANGAN

1. Kesimpulannya,
2. Sebagai intiha,
3. Intihanya,
4. Akhirulkalam
5. Secara deduktifnya,
6. Secara holistiknya
7. Konklusinya

KOSA KATA - ISI KARANGAN

1. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
2. Ikhtisarnya,
3. Rentetan senario itu
4. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut
5. Jika dilihat dari kaca mata yang lain pula
6. Jika ditinjau dari perspektif yang lain pula
7. Jika ditinjau dari sudut yang lain pula

KOSA KATA- PENDAHULUAN KARANGAN

1. Pada era globalisasi ini,
2. Mayapada
3. Dalam menelusuri alaf baru ini
4. Marcapada
5. Sedasawarsa ini,
6. Dewasa ini,
7. Pada era nanoteknologi ini,

NADA SAJAK

DALAM SATU SAJAK CUMA ADA SATU NADA SAHAJA:

1. NADA MELANKOLIK- sedih
2. NADA PATRIOTIK - semangat kebangsaan
3. NADA SINIS - menyindir
4. NADA PROTES - memberontak
5. NADA ROMANTIK - hubungan kekeluargaan

Ahad, 18 September 2011

CARA-CARA IBU BAPA MENYUBURKAN AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK


1. mewujudkan perpustakaan mini di rumah
2. membaca bersama-sama anak
3. membawa anak-anak ke perpustakaan
4. membelikan buku kepada anak

KEPENTINGAN BERSUKAN



1. mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan


2. mengurangkan obesiti atau masalah kegemukan


3. mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya seperti kencing manis.

KITAR SEMULA


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.[WIKIPEDIA]

Jumaat, 19 Ogos 2011

IBU DAN CEPER

IBU DAN CEPER [SHAHNON AHMAD]
Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.
Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.
Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.
Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu, iaitu sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMA:-
Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-
• Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
• Setiap yang hidup akan mati.
• Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
• Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-
a. Ibu
• Seorang yang rajin.
• Pandai membuat tikar.
• Bergaul dengan masyarakat.
• Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.

b. Bapa
• Suka mendenak burung ketitir.
• Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku
• Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.
• Bertanggungjawab menjaga ibu.

Khamis, 11 Ogos 2011

GAYA BAHASA KEMBARA AMIRA

Personifikasi[PENGGUNAAN SIFAT MANUSIA KEPADA BUKAN MANUSIA]
Contoh:
Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
haiwan itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.

Simile[PERBANDINGAN]
Contoh:
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.

Sinkope [SINGKATAN]
Contoh:
Kau, ku, nak

PeribahasaContoh:
Ikan pulang ke lubuk

Inversi [AYAT TERBALIK]
Contoh:
Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan


Selasa, 9 Ogos 2011

TUMPUAN PMR


Terdapat 10 tema yang perlu diberi tumpuan dan wajib difahami oleh setiap pelajar sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan peperiksaan

1. Semangat patriotisme/rumah terbuka/perayaan
2. Pencemaran/bencana
3. Peranan ibu bapa/ keluarga/masyarakat
4. Masyarakat penyayang-warga tua
5. Nilai murni/budi bahasa
6. Kemalangan jalan raya
7. Gejala sosial
8. Kerja amal/gotong-royong/demam denggi
9. Permainan tradisional/ bangunan bersejarah/ warisan bangsa
10.Sastera/peribahasa

Jumaat, 22 Julai 2011

KERJA AMAL


Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik mutakhir ini, kita seyogianya memahami maksud kerja amal. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk kerja amal dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali maksud kerja amal dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah melakukan kerja amal untuk membersihkan sesuatu tempat, membantu orang lain atau membantu jiran-jiran sendiri? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah kerja amal dan menjalankan kegiatan ini agar hasrat murni kerajaan untuk membentuk masyarakat berminda kelas pertama dapat digapai..

Sabtu, 18 Jun 2011

KISAH POKOK EPAL [DIPETIK DARI LAMAN SESAWANG]

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Happy Fathers Day

HARI BAPA [Rujukan Wikipedia]
HARI bapa adalah hari untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah, yang disebut abah, yang saban waktu diingat-ingat sebagai seorang papa. Tak kisah apa pun gelaran bagi mereka, namun ayah, bapa, papa, abah, daddy dan sebagainya punya nilai yang mesti kita hargai, kita sanjungi dan kita ingati.
Anda yang masih punya bapa, maka hargailah keberadaan mereka bersama anda. Yang telah tiada, maka doa anda untuk merekalah yang sentiasa hidup bersama roh mereka di sana.

Sejarah Hari Bapa
Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan hari bapa ini.
Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.
Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan hari bapa mula timbul di benak Sonora setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan hari ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau kemudiannya melihat sendiri begitu besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru, beliau sendiri berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.
Ideanya ini telah cuba disebar luaskan olehnya sendiri ke merata tempat. Dan ramai juga yang menerima dan ada juga yang mentertawakan usahanya itu. Namun, Sonora tetap berusaha lebih gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai.
Usaha dan jerih-payahnya mula menampakkan hasil apabila pada 19 Jun 1910, sambutan hari bapa telah mula disambut di Spokane, Washington.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga silih-berganti. Hampir kesemua presiden Amerika Syarikat menerima dan menyetujui sambutan Hari Bapa. Dan akhirnya pada tahun 1972, presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan hari bapa.

Hari Bapa di Malaysia.
Umumnya, sambutan hari bapa ini telah disambut di pelbagai tempat pada tarikh berbeza-beza. Namun, di kebanyakan tempat ianya akan disambut pada tarikh ini seperti juga di negara kita, Malaysia. Dan pada tahun ini ianya jatuh pada tanggal 19 Jun 2011.
Budaya hari bapa di Malaysia seharusnya dipraktikkan dengan lebih meluas lagi di negara kita. Bukan soal sejarah atau tarikhnya itu yang menjadi titik bualnya, namun sejauh mana penghayatan dan nilai pengorbanan seorang bapa itulah yang mesti dihargai dan disanjung.
Amalan hormat menghormati pada yang tua, sayang menyayangi dengan yang muda seharusnya dijadikan budaya harian, adat warisan.
Sayang yang tua, kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak. Itu yang diharapkan. Selamat Hari Bapa!