Selasa, 23 November 2010

BAHASA MELAYU KERTAS 2 [2010]

Akhirnya, kertas 2 telah menambah lagi senyuman pada wajah ceria pelajar. Malah soalan peribahasa pun mampu dijawab oleh mereka. Tahniah dan teruskan perjuangan.
Pastikan anda melihat blog Sejarah : eksplisitsejarahpntvt.blogspot untuk mendapatkan tip terakhir mata pelajaran Sejarah SPM.

BAHASA MELAYU 2010

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah pelajar yang baru keluar dari dewan peperiksaan, hampir semua tajuk yang dibincangkan telah keluar seperti yang diramal. Cikgu juga telah menerima banyak SMS daripada pelajar. Terima kasih atas penghargaan dan tahniah.

Khamis, 18 November 2010

Kertas Peperiksaan Percubaan MRSM






TUMPUAN BAHASA MELAYU SPM 2010






1. Kriteria rumah idaman



- luas - 4 bilik tidur, anjung 2 kereta



- berhampiran dengan pusat bandar



- mempunyai kawalan keselamatan



- harga yang berpatutan






2. Peranan pelajar dalam merealisasikan budaya disiplin unggul



- mematuhi peraturan



- menasihati rakan



- menghormati guru



- melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah






3. Punca-punca kanak-kanak hilang dan langkah mengatasinya



PUNCA




- kurang pemantauan ibu bapa




- sikap sambil lewa pengurusan sekolah




- sikap anak-anak yang degil




LANGKAH




- Peranan ibu bapa




- Peranan sekolah




- Peranan masyarakat

Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat di tempat yang kita tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : Anak saudara, Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : Ketua rumah, orang yang meraikan tetamu

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : mementingkan perkara baru yang diperoleh

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : Orang yang pulang ke tempat asal, Kehidupan yang senang.

Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Selamat Hari Raya Aidiladha




Salam sejahtera dan salam 1Malaysia ingin saya ucapkan kepada semua warga Malaysia. Pada hari yang mulia ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga bergembira di samping keluarga tersayang.

Ahad, 14 November 2010

Jalan-Jalan Raya Kotaku





Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikianlah etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekeuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanuasiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

TEMA
Kebiadapan manusia di jalan raya
PENGAJARAN
Kita harus sabar di jalan raya
Kita mesti bersopan-santun di jalan raya
Kita perlu menghormati pengguna jalan raya yang lain

Syair Kelebihan Ilmu

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas takak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat sujana,
Tepinya ajal sempadannya fana




TEMA
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian dan peranannya

NILAI
Rajin menuntut ilmu
Gigih mencari ilmu
Keyakinan diri
Menghargai ilmu pengetahuan

PENGAJARAN
Kita mestilah menuntut ilmu
Kita hendaklah rajin mencari ilmu
Kita hendaklah menghargai ilmu

Isnin, 8 November 2010

UNGKAPAN MENARIK

Ungkapan menarik dapat mengindahkan karangan dan menarik minat pembaca untuk terus membaca:
  • peribahasa

- Masyarakat harus bekerjasama bagai aur dengan tebing

  • petikan ucapan

- Menurut Perdana Menteri Malaysia keenam, perpaduan merupakan pemangkin

kemajuan negara.

  • slogan

- Sesungguhnya, perpaduan teras kejayaan.

  • kata-kata hikmat

- bahasa jiwa bangsa, masa itu emas

  • amanat pembesar
  • cogan kata
  • frasa menarik
  • maksud hadis
  • maksud ayat Al-Quran.

BAHASA PEMANGKIN PERPADUAN

Tiada sesiapapun yang dapat menyangkal kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Hal ini jelas terbukti kerana penggunaan satu bahasa sebagai wadah utama merupakan senjata yang ampuh dalam mengeratkan dan mengakrabkan hubungan antara masyarakat pelbagai etnik yang semakin pincang akibat beberapa isu sensitif yang tiada kesudahannya. Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang mampu mengurangkan perselisihan faham dan membina tolak ansur di bumi bertuah ini.

Rabu, 3 November 2010

Selamat Hari Deepavali


Pada hari dan masa yang bertuah ini, Cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu, semua pelajar dan semua yang mengenali cikgu. Berhati-hati ketika di jalan raya dan ketika bermain mercun. TETAPI jangan lupa, pelajar SPM dan STPM teruskan usaha dan perjuangan anda. Pasti Berjaya!