Rabu, 29 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

PEJAM CELIK PEJAM CELIK
akhirnya kita sudah menghampiri
penghujung tahun 2010.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat 'A' dalam
mata pelajaran bahasa Melayu PMR baru-baru ini.
Teruskan perjuangan kerana perjuangan yang sebenar bermula ketika kamu di tingkatan 4.
Semoga Berjaya.
Selamat Tahun Baru 2010,
tanamkan tekad dan usaha dengan nekad.

Selasa, 23 November 2010

BAHASA MELAYU KERTAS 2 [2010]

Akhirnya, kertas 2 telah menambah lagi senyuman pada wajah ceria pelajar. Malah soalan peribahasa pun mampu dijawab oleh mereka. Tahniah dan teruskan perjuangan.
Pastikan anda melihat blog Sejarah : eksplisitsejarahpntvt.blogspot untuk mendapatkan tip terakhir mata pelajaran Sejarah SPM.

BAHASA MELAYU 2010

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah pelajar yang baru keluar dari dewan peperiksaan, hampir semua tajuk yang dibincangkan telah keluar seperti yang diramal. Cikgu juga telah menerima banyak SMS daripada pelajar. Terima kasih atas penghargaan dan tahniah.

Khamis, 18 November 2010

Kertas Peperiksaan Percubaan MRSM






TUMPUAN BAHASA MELAYU SPM 2010






1. Kriteria rumah idaman



- luas - 4 bilik tidur, anjung 2 kereta



- berhampiran dengan pusat bandar



- mempunyai kawalan keselamatan



- harga yang berpatutan






2. Peranan pelajar dalam merealisasikan budaya disiplin unggul



- mematuhi peraturan



- menasihati rakan



- menghormati guru



- melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah






3. Punca-punca kanak-kanak hilang dan langkah mengatasinya



PUNCA




- kurang pemantauan ibu bapa




- sikap sambil lewa pengurusan sekolah




- sikap anak-anak yang degil




LANGKAH




- Peranan ibu bapa




- Peranan sekolah




- Peranan masyarakat

Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat di tempat yang kita tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : Anak saudara, Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : Ketua rumah, orang yang meraikan tetamu

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : mementingkan perkara baru yang diperoleh

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : Orang yang pulang ke tempat asal, Kehidupan yang senang.

Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Selamat Hari Raya Aidiladha




Salam sejahtera dan salam 1Malaysia ingin saya ucapkan kepada semua warga Malaysia. Pada hari yang mulia ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga bergembira di samping keluarga tersayang.

Ahad, 14 November 2010

Jalan-Jalan Raya Kotaku





Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikianlah etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekeuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanuasiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

TEMA
Kebiadapan manusia di jalan raya
PENGAJARAN
Kita harus sabar di jalan raya
Kita mesti bersopan-santun di jalan raya
Kita perlu menghormati pengguna jalan raya yang lain

Syair Kelebihan Ilmu

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas takak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat sujana,
Tepinya ajal sempadannya fana




TEMA
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian dan peranannya

NILAI
Rajin menuntut ilmu
Gigih mencari ilmu
Keyakinan diri
Menghargai ilmu pengetahuan

PENGAJARAN
Kita mestilah menuntut ilmu
Kita hendaklah rajin mencari ilmu
Kita hendaklah menghargai ilmu

Isnin, 8 November 2010

UNGKAPAN MENARIK

Ungkapan menarik dapat mengindahkan karangan dan menarik minat pembaca untuk terus membaca:
  • peribahasa

- Masyarakat harus bekerjasama bagai aur dengan tebing

  • petikan ucapan

- Menurut Perdana Menteri Malaysia keenam, perpaduan merupakan pemangkin

kemajuan negara.

  • slogan

- Sesungguhnya, perpaduan teras kejayaan.

  • kata-kata hikmat

- bahasa jiwa bangsa, masa itu emas

  • amanat pembesar
  • cogan kata
  • frasa menarik
  • maksud hadis
  • maksud ayat Al-Quran.

BAHASA PEMANGKIN PERPADUAN

Tiada sesiapapun yang dapat menyangkal kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Hal ini jelas terbukti kerana penggunaan satu bahasa sebagai wadah utama merupakan senjata yang ampuh dalam mengeratkan dan mengakrabkan hubungan antara masyarakat pelbagai etnik yang semakin pincang akibat beberapa isu sensitif yang tiada kesudahannya. Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang mampu mengurangkan perselisihan faham dan membina tolak ansur di bumi bertuah ini.

Rabu, 3 November 2010

Selamat Hari Deepavali


Pada hari dan masa yang bertuah ini, Cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu, semua pelajar dan semua yang mengenali cikgu. Berhati-hati ketika di jalan raya dan ketika bermain mercun. TETAPI jangan lupa, pelajar SPM dan STPM teruskan usaha dan perjuangan anda. Pasti Berjaya!

Rabu, 27 Oktober 2010

GAYA BAHASA DALAM NOVEL JULIA

TAJUK GAYA BAHASA TIDAK PERNAH DIKEMUKAKAN
SEPANJANG 10 TAHUN PENGGUNAAN
NOVEL JULIA.
1. Penggunaan ayat yang menarik
Penulis menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat.
Ayat-ayat ringkas digunakan menggambarkan pergerakan yang pantas.
Penggunaan ayat pendek yang sesuai dengan sasaran pembaca turut dimuatkan.
Contoh :
Julia berasa serba salah.
Dia terdiam dan serba salah.
Aku mengesan perubahan wajahnya.
Tentu ada sesuatu yang tidak kena. ( Halaman 99 )
Ayat-ayat panjang turut digunakan dalam situasi tertentu.
Contohnya:
“Maaf cikgu, sebagai seorang anak saya rasa tidak adil ibu bapa lepas tangan terhadap anak-anak. Saya bimbang pendekatan yang mencadangkan ibu bapa menghormati dan melayan anak-anak sama rata ini disalahgunakan oleh ibu bapa.” ( Halaman 45 – 46 )
2. Simile
Simile ialah perbandingan yang setara dengan menggunakan kata-kata seperti, bak, sebagai, ibarat, dan sebagainya.
Terdapat beberapa contoh simile dalam novel ini.
Antaranya ialah:· “Hidup ini kan seperti roda.” ( Halaman 58 )·
“Awak nanti macam duta Malaysia tahu.” ( Halaman 30 )
3. Personifikasi
Personifikasi bermaksud benda bukan manusia diberi unsur kemanusiaan
Personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
Contohnya:
Kebimbangan sekali lagi bermain dalam fikiranku. ( Halaman 1 )·
Aku hanya duduk kaku, membiarkan jalur fikiranku merayap. (Halaman 2)·
Matahari seakan menghilangkan diri. ( Halaman 53 )
4. Penggunaan peribahasa / simpulan bahasa / kata-kata hikmat.
Penggunaan peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmat dan sebagainya berfungsi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas di samping menimbulkan keindahan dalam sesebuah karya.
Contoh simpulan bahasa yang digunakan dalam novel Julia ialah:·
Periuk nasi.·
Buah hati.·
Dalam pada menyelam dia minum diri.
5. Metafora
Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, ibarat dan sebagainya. Metafora terdiri daripada dua perkataan iaitu satu abstrak dan satu konkrit
Contohnya metafora dalam novel Julia ini.
Api cinta.·
Persada dunia.·
Detik hitam.· Jaring perasaan.·
Gelombang kasih.·
Segumpal rindu.

Khamis, 7 Oktober 2010

Semoga Berjaya


Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mengharungi kertas bahasa Melayu PMR dengan jayanya. Syukur, semua yang diramal mengena. Misalnya,


  • perpaduan merujuk soalan 3 dalam bahagian C iaitu muafakat membawa berkat.

  • masyarakat penyayang merujuk soalan 2 dalam bahagian C iaitu cara sayangi ibu bapa

  • pencemaran sungai dan banjir boleh dikaitkan dengan karangan bahan rangsangan

  • perwatakan dapat dikaitkan dengan nilai murni.

Bagi kertas 1 pula, kebanyakan kesalahan tatabahasa yang diajar telah keluar. Buktinya,



  • perkataan tiap pada awal ayat perlu digandakan

  • di dalam menunjukkan ruang.

  • menceritakan tentang [jika ada imbuhan -kan , tidak boleh diikuti dengan tentang]

  • menghormati akan sepatutnya hormat akan

  • Aiman sedari sepatutnya Aiman menyedari

  • dimakan adik sepatutnya dimakan oleh adik

Cikgu berharap semua pelajar akan meneruskan usaha kerana dalam dua tahun lagi peperiksaan SPM pula akan menjelma.


Cikgu juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih.


Semoga kejayaan di pihak anda.

Isnin, 4 Oktober 2010

SELAMAT MENJAWAB



Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua anak murid cikgu yang berwawasan untuk merangkul 'A' dalam peperiksaan PMR yang akan menjelma dalam beberapa jam sahaja lagi.


Semoga anda dapat menjawab semua soalan dengan tenang.


Selamat menjawab dan semoga berjaya.

Peranan Ibu bapa Menggilap Bakat Sukan Anak-Anak





  • menghantar ke sesi latihan


  • berlatih bersama-sama


  • membelikan peralatan sukan yang sesuai


  • menonton filem berunsur sukan atau temasya sukan

KEPENTINGAN HOBI


  • mengisi masa senggang- masa itu emas

  • menambah kenalan

  • bertukar idea dengan orang lain

  • menambah pendapatan- sambil menyelam minum air

Watak dan Perwatakan



Zarina
žBerani

žCinta akan tanah air
žBijak


Niek Van Hoeve
žMesra
žBerbudi bahasa
žSedia memohon maaf


Encik Ali
žTegas
žBertanggungjawab
žpenyayang


Pn.Ros
žPenyayang
žKuat beribadat
žMengambil berat

Ahad, 3 Oktober 2010

CARA MENGHARGAI JASA GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuh negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA.

Sajak penulis terkemuka di atas jelas memaparkan setiap insan yang berjaya di kemudian hari merupakan insan yang pernah menimba ilmu dengan seorang guru.

Oleh itu , kita wajar menghargai jasa guru dan tidak harus bersikap bagai kacang lupakan kulit. Cara menghargai jasa guru ialah:

  • belajar bersungguh-sungguh
  • membantu apabila perlu
  • ucapan terima kasih atau salam
  • berjumpa atau menghubungi walaupun sudah menghabiskan alam persekolahan
  • menghantar kad sempena hari guru

Pengguna Bijak


Pada zaman yang serba maju ini, pasar raya besar semakin bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pengguna pula berbondong-bondong membanjiri pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan . Namun demikian, di sebalik senario ini terkandung pahit maung penderitaan pengguna yang tersasar dalam berbelanja sehingga menyebabkan mereka terhimpit dalam beban kewangan yang serius. Oleh itu, konsep pengguna bijak perlulah diselitkan dalam semua aspek kehidupan agar masyarakat era siber tidak terus hanyut dalam kemelut hutang.

RASUAH Musuh Nombor 1 Negara

Rasuah atau makan suap merupakan kepincangan sosial yang semakin kronik di Malaysia mutakhir ini. Hal ini berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan materialistik sehingga mengabaikan hal-hal kerohanian. Izharnya, rasuah hanya dapat diatasi sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil langkah sederap dengan kerajaan. Sesungguhnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

1MALAYSIA Menjana Transformasi


1Malaysia Menjana Transformasi merupakan tema hari kebangsaan Malaysia yang ke-53. 1Malaysia merupakan gagasan yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Umum mengetahui, semangat patriotisme semakin terhakis dalam jiwa dan sanubari masyarakat terutamanya golongan remaja rentetan kesenangan hidup yang dikecapi hampir separuh abad ini. Namun demikian , sekiranya keadaan ini berterusan negara Malaysia yang berdaulat ini akan menghadapi ambang kemerosotan dan tenggelam dalam pembangunan mengangkasa negara seperjuangan. Oleh itu , semangat patriotisme perlulah disuntik semula dalam minda dan mentaliti remaja agar Malaysia kekal merdeka.

Jumaat, 1 Oktober 2010

CARA BAWA BARANG


MEMIKUL BARANG

CARA BAWA BARANG


MENGGALAS BEG

CARA BAWA BARANG



MENJUNJUNG

CARA BAWA BARANG


MENDUKUNG BAYI

CARA BAWA BARANG



MENJULANG PIALA

CARA BAWA BARANG


MENGUSUNG RUMAH

CARA POTONG


MEMOTONG KULIT NANAS

CARA POTONG


MENYABIT RUMPUT

CARA POTONG


MENYABIT RUMPUT

CARA POTONG


MENGHIRIS

CARA POTONG


MEMBELAH KAYU

CARA POTONG


MENOREH GETAH

CARA MEMOTONG


MENYIANG IKAN

CARA DUDUK


BERSILA

CARA DUDUK


BERLUNJUR

CARA DUDUK


BERTENGGEK

CARA DUDUK



BERCANGKUNG/BERTINGGUNG

CARA DUDUK




BERSIMPUH ATAU BERTIMPUH

Selasa, 28 September 2010

PENGGUNAAN KATA MENARIK

NAWAITU
- niat atau keinginan
- Contoh: buatlah kerja masing-masing dengan nawaitu yang ikhlas

MASLAHAT
- sesuatu yang berfaedah

INSENTIF
- dorongan atau galakan

CULAS
- malas, curang

INSPIRASI
- sumber ilham

BERKAT KESEPAKATAN JIRAN


PENGENALAN
Ayat Rangsangan 1

- Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.

Ayat Rangsangan 2
- Kita harus menjalin hubungan yang baik dengan jiran untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam sesuatu kawasan

Ayat Arahan
- Banyak berkat yang dapat kita peroleh melalui kesepakatan jiran.


KEMBANGKAN ISI-ISI
ISI 1: DAPATKAN BANTUAN

Ayat Judul :
Berkat kesepakatan jiran ialah kita boleh mendapatkan bantuan
daripada jiran.

Ayat Huraian :
Apabila kita berhadapan dengan keadaan kecemasan, kita dapat
meminta bantuan segera daripada jiran kerana jiranlah orang yang terdekat.

Ayat Contoh :
Sebagai contohnya, kalau ada anggota keluarga kita ditimpa
kemalangan semasa di rumah, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar orang yang tercedera itu ke hospital.

Ayat Penegas :
Bantuan yang diberikan oleh jiran itu akan membantu kita
menghadapi keadaan kecemasan itu dengan lebih tenang.


ISI 2: SEMANGAT KERJASAMA
Ayat Judul
:
Kesepakatan jiran akan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kalangan jiran.

Ayat Huraian 1 :
Penduduk setempat dapat bantu membantu bagai aur dengan
tebing dalam melakukan kegiatan demi kebaikan mereka.

Ayat Huraian 2 :
Semangat kerjasama ini pasti dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan penduduk setempat.


ISI 3: WUJUDKAN KEHARMONIAN
Ayat Judul :
Kesepakatan jiran juga dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan kediaman.

Ayat Huraian :
Hal ini demikian kerana jiran tetangga yang saling mengenali dan sentiasa bertegur sapa akan mewujudkan persefahaman dan keramahan.

Ayat Penegas :
Dengan itu, mereka dapat hidup dalam suasana yang kondusif dan harmoni.


TULIS PENUTUP
Ayat Kesimpulan :
Kesepakatan jiran memang banyak berkatnya.

Ayat Penilaian :
Namun demikian, semangat kejiranan semakin pudar terutamanya di kawasan bandar.

Ayat Cadangan :
Oleh itu, kerajaan harus mengambil usaha-usaha untuk menyuburkan semangat kejiranan demi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ahad, 26 September 2010

AKU ANAK TIMUR

SINOPSIS

 Novel Aku Anak Timur karya Siti Aminah Haji Yusof mengisahkan Zarina yang mengikuti ibu _____________ dan adiknya _________ke Belanda untuk menemui bapanya ____________ yang bekerja di ___________ ______________.

 Bapanya membawa mereka sekeluarga melawat seluruh Belanda dan beberapa buah tempat di negara ___________________ seperti Paris, London dan Munich.

 Di Belanda, Zarina berkenalan dengan seorang anak muda kacukan
_______________________ yang bernama __________________.

 Zarina tertarik pada Niek dan telah dibawa oleh Niek melawat beberapa tempat di Belanda.

 _________________ Zarina kurang senang dengan perhubungan itu. Namun, Zarina berdegil dan meneruskan hubungan dengan Niek.

 Zarina dan Niek telah menghadiri ______________________ seorang rakan Niek.

 Dalam majlis itu Zarina dipeluk ketika lampu terpadam. Zarina ___________________ dari majlis itu.

 Sejak itu Zarina mula menyedari kebenaran kata-kata ibu bapanya bahawa budaya Barat tidak sesuai dengan budaya Timur.

 Zarina menyesali perbuatannya dan mengambil keputusan untuk melupakan Niek.

STRATEGI MENULIS RUMUSAN

1. Dalam perenggan pengenalan kemukakan tema petikan.
2. Elakkan menulis isi tersurat yang hampir sama kerana mungkin dianggap sebagai isi tersurat yang berulang.
3. Ayat bagi isi tersurat mesti lengkap maksudnya. Elakkan menulis ayat tergantung.
4. Ayat bagi isi tersurat dan isi tersirat tidak boleh disertakan dengan kata bantu mesti, hendak, perlu harus , wajib dan lain-lain.
5. Guna ayat majmuk semasa menulis isi-isi tersurat dan tersirat bagi menjimatkan jumlah perkataan.
6. Guna kata hubung agar/supaya atau demi/untuk semasa menggabungkan cadangan dan kesan cadangan dalam bahagian penutup.
7. Jangan menulis melebihi 120 patah perkataan.
8. Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 20 markah untuk isi dan 10 markah untuk bahasa. Jumlahnya ialah 30 markah untuk rumusan

Khamis, 23 September 2010

CARA MENGGUNAKAN MASA



* Membuat perancangan
* Kurangkan menonton televisyen dan menelefon kawan
* Jangan SMS untuk hal-hal yang remeh [bazir wang]
* Jangan tidur melebihi 8 jam sehari
* Makan dan minum tanpa bersembang
* Gunakan masa ketika menunggu kenderaan.
* Nyatakan ‘tidak' kepada ajakan kawan kalau belum selesaikan kerja
* Jangan bual kosong –menggunakan masa itu untuk membuat ulang kaji
Good,better,best,
Never let it rest,
Till your good is better
and your better is Best !

WINNER




The winner is always part of the answer
The loser is always part of the problem

The winner always has a programme
The loser always has an excuse

The winner says,”Let me do it for you”
The loser says,”That’s not my job”

The winner sees an answer for every problem
The loser sees a problem in every answer

The winner says,”It may be difficult but it’s possible”
The loser says,”It may be possible,but it’s too difficult”

Rabu, 22 September 2010

SIFAT PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang [dipetik dari laman sesawang]

PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG


This is one of the many questions that children ask their teachers, "Ma'am, I can't study!". Let's ponder on these things : Are you devoted to studying? Are you just studying for your parents? Are you just cheating in exams for getting good grades and marks? The list goes on.

First of all, as mentioned above, study somewhere that has a basic study table. Don't study or read in dim light. If you become bored on learning one subject, study something else that interests you a lot. You must always find alternatives as you go!

We all know the saying,"All work and no play makes Jack a dull boy". Yes, studying all night and not playing just stresses you on work and you'll forget everything the next morning. Play out for about 2 hours or so. It will be pleasant if you go out to play around in the evening, say 5 pm in the evening. This energizes you and gives you extra strength for everything you do.

Make a timetable. And that is all what this section is about. Arrange a time-table with the subjects that are tough for you in the first column. Then put a break column after every 2 subjects so you don't get strained. Of all, try getting a good sleep. Children are supposed to get 8 - 10 hours sleep. If you don't get enough sleep, that will result in sleepy studying and nothing will get inside your head.

Study on each subject for about 1 hour. You'll get refreshed. Also have a snack in between.

Selasa, 21 September 2010

RAMALAN BAHASA MELAYU PMR 2010


TUMPUAN KOMSAS

1. Teknik Plot
a. suspens
b. imbas kembali
c. kejutan
d. imbas muka

2. Plot
a. Permulaan
b. Perkembangan
c. Puncak
d. Peleraian

3. Peranan Gaya Bahasa
a. menjadikan jalan cerita lebih menarik
b. menambah kosa kata pelajar
c. menarik minat pembaca

Isnin, 20 September 2010

TAJUK TUMPUAN KARANGAN PMR

1. Demam denggi

2. Kemalangan jalan raya- Pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang

3. Gejala Sosial- pembuangan bayi, buli, ponteng, merokok, dadah, gengstrerisme, vandalisme dan lain-lain yang berkaitan

4. Perpaduan- Semangat Kejiranan, Rumah Terbuka

5. Semangat cinta akan tanah air.

6. Masyarakat Penyayang - Penderaan kanak-kanak, Penderaan Pembantu rumah

7. Warga Tua

8. Seni Pertahanan Diri

9. Pencemaran- Kebersihan alam sekitar

10. Kokurikulum - Pemakaian Uniform, Perkhemahan ,PLKN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR KELANTAN

CARI ISI JAWAPAN YANG LENGKAP DAN TULIS ESEI DI RUMAH.

USAHA TANGGA KEJAYAAN


BAHAGIAN C (45 minit)
1. Anda mendapat tahu daripada rakan anda bahawa rakan lama anda sering ponteng kegiatan kokurikulum setelah berpindah ke sekolah baru. Anda ingin menasihatinya kerana kegiatan kokurikulum banyak manfaatnya kepada pelajar. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu supaya dia menyertai kegiatan tersebut semula secara aktif.
2. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang amalan gaya hidup sihat. Tulislah dialog perbualan anda itu selengkapnya.
3. Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular.
4. Amalan nilai-nilai murni perlu dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia. Bincangkan.
5. Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasanya. Antaranya, ‘Air dicencang tidak akan putus’. Berdasarkan peribahasa tersebut, tuliskan sebuah cerita yang menarik.

Sabtu, 18 September 2010

PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR DI TEMPAT DUDUK BELAKANG

Menjaga keselamatan diri individu di tempat duduk belakang
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Membolehkan pemandu memandu dengan tenang
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Mengelakkan muatan lebih
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Mengurangkan kemalangan maut
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Mengurangkan kecederaan
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TUMPUAN PMR

INTEGRASI NASIONAL [Perpaduan Nasional]

CARA MEMUPUK INTEGRASI NASIONAL

- peranan media massa [kempen dan ceramah]
- peranan ibu bapa [mengadakan rumah terbuka]
- peranan sekolah [merombak sukatan pelajaran]
- peranan kerajaan [Gagasan 1 Malaysia]

FAKTOR INTEGRASI NASIONAL SEMAKIN RAPUH
- ahli politik membangkitkan sentimen perkauman
- isu semasa yang digembar-gemburkan di media massa
- kurang kesedaran sivik
- perbezaan pendapat
- ledakan era globalisasi [dunia tanpa sempadan]

PENDAPAT TOKOH

Anda perlu menggunakan pendapat tokoh dalam penulisan anda untuk mendapat markah yang tinggi dalam kertas pemulisan PMR dan SPM.


Dato’Seri Najib Tun Abdul Razak
Gagasan 1 Malaysia merupakan usaha murni kerajaan untuk menggalakkan integrasi nasional
Berhenti api-apikan isu perkauman
Rumah terbuka wadah memupuk perpaduan nasional

Dr.Chandra Muzaffar- Pengerusi Yayasan 1 Malaysia
Setiap kaum melihat daripada kepentingan masing-masing. Mereka perlu
keluar daripada pemikiran sempit dan berfikir tanpa sebarang pengaruh.
Perpaduan amat penting untuk menjamin keamanan negara dan ini hanya
dapat dicapai dengan mengamalkan budaya 1Malaysia

Jumaat, 3 September 2010

INFO TERKINI

Kepada pelajar yang saya kasihi , laman blog Sejarah PMR, SPM dan STPM [eksplisitsejarahpntvt.blogspot.com]dapat anda layari dan dapatkan modul soalan dan ramalan. Sila hantar e-mel ke alamat bmrathiram@gmail.com atau hubungi saya menerusi nombor telefon 010-4677156.
Dampingilah orang yang berjaya sekiranya anda inginkan kejayaan.

Selasa, 31 Ogos 2010

PUNCAK CERITA

Novel yang saya kaji ialah novel Aku Anak Timur hasil karya Siti Aminah Haji Yusof dan novel Merdeka ! Merdeka hasil karya A.Rahman Hanafiah.
Bahagian kemuncak (klimaks) dalam novel Aku Anak Timur ialah peritiwa Zarina melarikan diri daripada pemuda yang cuba mencabul kehormatannya ketika sambutan majlis hari jadi di rumah rakan Niek Van Hoeve. Walau bagaimanapun, Zarina terselamat daripada menjadi mangsa rogol.

Sementara itu, dalam novel Merdeka!Merdeka! peristiwa sultan-sultan Melayu memulaukan majlis perasmian Malayan Union di Hotel Stesen merupakan bahagian puncak cerita.Semangat perjuangan yang tinggi, keberanian dan perpaduan erat dalam kalangan orang Melayu telah membuka mata sultan-sultan Melayu.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN PMR [KEPENTINGAN PERPADUAN]


Perpaduan teras kejayaan merupakan slogan yang dicanang-canangkan melalui media massa. Izharnya, integrasi nasional amat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik.

PENDAHULUAN KARANGAN RESPONS TERBUKA PMR [KEPENTINGAN PERPADUAN]


Kemaslahatan perpaduan atau integrasi nasional dalam sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik memang tidak dapat dipertikaikan. Kata-kata keramat ini mampu melonjakkan nama negara di persada antarabangsa agar Malaysia setanding kuasa besar lain seperti kata pepatah duduk sama rendah berdiri sama tinggi . Oleh itu, pelbagai usaha yang konkrit dan pragmatik haruslah dilaksanakan secara bersinergi agar perpaduan dapat dipupuk dan disemai dalam sanubari dan mentaliti individu sejak di buaian lagi. Pendek kata, masyarakat perlu mengambil langkah sederap dengan kerajaan dalam usaha menggapai perpaduan.. Sesungguhnya, perpaduan teras kejayaan.

Kemaslahatan - kepentingan
integrasi - perpaduan
etnik - kaum
pragmatik - berpandangan jauh
bersinergi - bersama
sanubari - hati
mentaliti - pemikiran
menggapai - mencapai

Rabu, 25 Ogos 2010

PENGGUNAAN BAHASA YANG BETUL

Dari semasa ke semasa
Dari masa ke masa
Dari sedetik ke sedetik
Dari detik ke detik
Dari setahun ke setahun
Dari tahun ke tahun
Memberi dan menderma
Membimbangkan dan menggusarkan

JANGAN GUNA

Memperolehi SEPATUTNYA memperoleh

Memperbaiki SEPATUTNYA membaiki

Memperkuasai SEPATUTNYA menguasai

Memperdalami SEPATUTNYA mendalami

Memperakui SEPATUTNYA memperakukan

Memperhalusi SEPATUTNYA menghalusi

Mempersetujui SEPATUTNYA menyetujui

KESALAHAN UMUM TATABAHASA- KLON PMR

1. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. [2005]
2. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu. [2005]
3. Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa utamakan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan. [2005]
4. Semua guru yang sedang berkhidmat di sekolah yang baru dibuka itu. [2005]
5. Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya.[2006]
6. Saya tidak mengetahui perkembangan terbaharu itu oleh kerana berada di seberang laut. [2007]

Sabtu, 14 Ogos 2010

EKSPLISIT TATABAHASA


SEKRANYA ANDA MAHU CEMERLANG BAHASA MELAYU ANDA PERLU MANTAPKAN TATABAHASA BM. SESUNGGUHNYA, DI MANA ADA KEMAJUAN DI SITU ADA JALAN.

USAHA TANGGA KEJAYAAN! MALAS ADALAH RACUN YANG PALING BISA!



NOTA PADAT TATABAHASA YANG ANDA NANTI-NANTIKAN SUDAH BERADA DI PASARAN. DAPAT DIFAHAMI DENGAN MUDAH DAN DIHAFAL UNTUK CEMERLANG BAHASA MELAYU PMR DAN SPM.


PASTIKAN ANDA BERUSAHA UNTUK CEMERLANG BAHASA MELAYU DAN SEKIRANYA ADA KEMUSYKILAN BOLEH MENGHANTAR E-MEL KEPADA SAYA.