Ahad, 29 Julai 2012

SUKAN OLIMPIK 2012


Senarai Atlet Malaysia  ke Sukan Olimpik 2012, London.

1. Memanah
Cheng Chu Sian
Haziq Kamaruddin
Khairul Anuwar Mohamad
Cheng Chu Sian
Haziq Kamaruddin
Khairul Anuwar Mohamad
Nurul Syafiqah Hashim
2. Olahraga
Lee Hup Wei, Lompat Tinggi
Noraseela Khalid , 400m lompat bergalah
3. Badminton
Lee Chong Wei
Koo Kien Keat
Tan Boon Heong
Tee Jing Yi
Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
4. Berbasikal
Mohammed Adiq Husainie Othman
Amir Mustafa Rusli
Josiah Ng
Azizulhasni Awang
Fatehah Mustapa
5. Terjun
Huang Qiang
Yeoh Ken Nee
Bryan Nickson Lomas
Huang Qiang
Cheong Jun Heong
Ng Yan Yee
Traisy Vivien Tukiet
Cheong Jun Heong
Leong Mun Yee
Pandelela Rinong
6. Lawan Pedang
Yu Peng Kean
7. Sailing
Khairul Nizam Mohd Affendy
8. Menembak
Nur Suryani Muhd Taibi
9. Renang
Heidi Gan
Khoo Cai Lin

Sabtu, 21 Julai 2012

GURU- PANDANGAN SEORANG GURU





Sejak hari pertama seorang GURU menjejakkan kaki ke sekolah menengah


Tugasan harian yang biasa dilakukan ialah


1. menjadi guru mata pelajaran - 20 jam seminggu  [paling minimum]


2. menjadi guru ganti- 2 jam seminggu


3. menjadi guru kokurikulum- 2 jam seminggu


4. menjadi guru sukan- 2 jam seminggu


5. menjadi guru tingkatan- melengkapkan rekod kedatangan, mengisi borang amaran, melengkapkan SMM


6. mengisi markah TOV untuk headcount


7. mengisi markah pelajar dalam talian SAPS


8. menghadiri kelas tambahan


9. menghadiri LDP [Latihan Dalam Perkhidmatan]


10. menguruskan hari sukan


11. menguruskan hari guru


12. menguruskan hari kemerdekaan


13. menjadi guru bertugas- menghantar pelajar sakit


14. mengendalikan rombongan sambil belajar


15. mengendalikan kem motivasi


16. mengendalikan kem kecemerlangan


17. mengendalikan gotong-royong


18. menguruskan kerja kursus pelajar


19. menyediakan kertas solan pelajar


20. menyediakan skema subjek


21. pemarkahan kertas jawapan pelajar


22. menghadiri mesyuarat


23. menyediakan pelajar untuk pertandingan koakademik


24. menjayakan program jumpa waris


OPSS dah lebih 20 tugas guru yang saya senaraikan....


WALAUPUN RAMAI BERPENDAPAT TUGAS GURU BEGITU SANTAI NAMUN REALITINYA  MINDA GURU TAK PERNAI SANTAI LEBIH-LEBIH LAGI APABILA PERLU BERHADAPAN DENGAN 30-40 PELAJAR PADA SATU-SATU MASA.


CUBA BAYANGKAN SORANG IBU TAK DAPAT KAWAL 5 ORANG ANAKNYA SEDANGKAN GURU PERLU MENGAWAL DAN MEMASTIKAN SETIAP PELAJAR DAPAT MENERIMA ILMU YANG SECUKUPNYA DAN MENJADI PELAJAR YANG SYUMUL.


AKHIR KATA , SAYA BANGGA MENJADI SEORANG GURU....DAN WALAU APA PUN PEKERJAAN ANDA HARGAILAH GURU YANG PERNAH MEMBENTUK ANDA!


GURU MEMANG HEBAT !!!!!!!!



JOM BACA....

NOVEL NI MASA KECIK-KECIK DULU, CIKGU BACA BANYAK KALI, 


SEKALI  BACA MESTI SAMPAI HABIS, MUNGKIN ITU KUNCI  


KEJAYAAN CIKGU DALAM BAHASA MELAYU



LOGO KEMERDEKAAN 2012


KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Allahyarham Mohamed Hamzah merupakan insan mulia yang mencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.
Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada tanggal 31 Ogos 1957 semasa pengisytiharan kemerdekaan.

Di bawah ini petikan dari arkib negara
” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

SUKAN OLIMPIK 2012


Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di LondonEnglandUnited Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

Jumaat, 20 Julai 2012

Cantiknya?


Apa yang dapat anda lihat?

Adakah anda melihat 4 manusia atau 5 tiang???????????

ASAL-USUL BENDERA MALAYSIA


Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.


Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.


Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.


Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom – Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.


Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.


Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.


Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.


Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan.


Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.


Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.


Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.


Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.


Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.


Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.


Pada tahun 2012 ini genaplah 15 tahun nama “Jalur Gemilang” tersemat pada bendera Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).


Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.


Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang























INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA


APA PANDANGAN ANDA TENTANG PERKAHWINAN?

</

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN 

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) HARUN MAT PIAH

Maksud

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama.

 Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri

Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.

Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.

KARMA

KEPENTINGAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

BUAH-BUAHAN TEMPATAN MEMPUNYAI BANYAK KEBAIKAN IAITU 1. MENGENYANGKAN 2. MUDAH HADAM 3. MEMPUNYAI BANYAK VITAMIN KEPENTINGAN LAIN SECARA UMUM IALAH 1. MENAMBAH PENDAPATAN PENIAGA 2. MEMPERKENALKAN NEGARA KEPADA ORANG LUAR 3. UNTUK KESIHATAN DIRI

DELIMA MERAH

Buah Delima yang isinya merah mempunyai banyak khasiat. Setahu saya dapat mempertajam pemikiran dan memudahkan proses penghafalan. Apa lagi? Cubalah.