Sabtu, 15 Januari 2011

Tenangkan Diri

Cikgu dapat melihat berduyun-duyun pelajar mendaftarkan diri di kebanyakan pusat tuisyen tanpa melihat pro dan kontranya.
Apa-apapun pastikan nawaitu anda jelas iaitu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan bukannya semata-mata untuk lulus peperiksaan.
Persediaan awal amat maslahat .
Perkara-perkara yang harus anda lakukan ialah:
1. Menyediakan jadual belajar yang konsisten
2. Melengkapkan rak dengan buku-buku yang sesuai
3. Susun buku mengikut judul
4. Pastikan anda meletakkan di tempat asalnya semula selepas membaca
5. Jangan buang masa di hadapan televisyen
[30 minit sehari sudah memadai]
6. Internet memang perlu tetapi limitasi masa amat signifikan.
7. Biasakan diri dengan menyiapkan kerja rumah di sekolah
[ waktu terluang]
8. Baca pada awalnya dan diikuti dengan latihan sekiranya mengantuk
Selamat mencuba!